Monday, December 14, 2009

Persoalan Najis: Bulu

Bulu haiwan sekiranya dibawa dalam sembahyang perlu dilihat, samada ianya bernajis atau tidak. Ini kerana jika ia adalah bulu yang dikategorikan sebagai najis, maka tidak sah dibawa dalam sembahyang. Mari kita perincikan persoalan ini, moga-moga ia menambah pengetahuan kita dalam hal yang sangat berkait dengan sembahyang kita.


1. Bulu yang dicabut / tercabut sewaktu haiwan itu hidup :

a) Jika daripada haiwan yang halal dimakan seperti ayam - Tidak Najis

b) Jika daripada haiwan yang haram dimakan seperti kucing - Najis


2. Bulu yang dicabut / tercabut sewaktu haiwan itu mati :

a) Jika daripada haiwan yang halal dimakan & mati kerana sembelihan - Tidak Najis

b) Jika daripada haiwan yang halal dimakan & mati bukan kerana sembelihan - Najis

c) Jika daripada haiwan yang haram dimakan - Najis

14 comments:

  1. jelaskan dengan lebih teperinci mengapa bulu kucing itu najis ,

    ReplyDelete
  2. Tk atas pertanyaan. Bulu kucing itu tidak najis bila ia disentuh tatkala bulu ada pada badang kucing. Yang jadi najisnya ialah bila bulu itu berpisah daripada badan kucing.

    Kerana apa jadi najis? Kerana memegang pada asal hukum, iaitu: semua binatang yang haram dimakan, apabila bulunya terpisah daripada badan, maka bulu itu jadi najis.

    ReplyDelete
  3. sambungan..
    Sebaliknya, semua bintang yang halal dimakan, apabila bulunya terpisah daripada badan, maka bulu itu tidak najis. Termasuk dalam kes ini ialah manusia.

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah & trma ksh.

    ReplyDelete
  6. Salam Ustaz.
    Bagaimana kita hendak membezakan bulu yang melekat pada pakaian yang kita gunakan untuk sembahyang apabila ternampak beberapa helaian selepas kita sembahyang...sekiranya senarionya saya ada memelihara kucing namun sejadah saya juga diperbuat dari bulu binatang (terhasil jadi permaidani).
    Mohon penerangan.

    Mubaligh Jalanan

    ReplyDelete
  7. Jika ternampak bulu kucing itu pastinya sebaik selepas sembahyang, tiada perantaraan masa yang lama antara selepas sembahyang dan terperasan bulu kucing tersebut, dan bulu tersebut jelas melekat pada pakaian atau badan anda, maka kena ulang sembahyang. Sebab sembahyang jadi tidak sah kerana anda menanggung najis.

    YAng pastinya anda mesti yakin itu bulu kucing, atau bulu binatang yang haram dimakan. Jika anda ragu-ragu, maka keyakinan anda itu boleh menolak keraguan. Melainkan, keraguan yang mendesak, maka anda ulangi sembahyang. Tapi pastinya, jika anda yakin bulu kucing, barulah anda mengulangi sembahyang.

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  8. Untuk lebih selamat & meyakinkan, seeloknya solat itu di atas kain putih sahaja. Ataupun jika ada sejadah, ditutupi atasnya dengan kain putih. Selain daripada terhindar daripada masalah bulu tersebut, ianya dapat membantu kepada khusyuk, insyaAllah.

    ReplyDelete
  9. tp xda kemaafan ke jika hanya dua tiga urat aje yg melekat?xyah bla kucing la mcm ni..hehe

    ReplyDelete
  10. Kata qil (satu pendapat) mengatakan dimaafkan dgn sehelai dua bulu kucing. Saya tidak memilih pendapat itu, sebaliknya memegang pendapat asal yg umum.p

    ReplyDelete
  11. jd blh x kita mgikut pndapt yg satu lg tu?rmh sy bnyk kucing.oleh itu sy xdpt mgelak drpd bulu kucing itu.Abi Hurairah pn suka bela bnyk kucing kn,ustz?sudah semestinya tdpt bulu kucing sekitarnya.org dulu bkn bnyk pakaian pn..blh ustz komen?..keliru la nk ikut

    ReplyDelete
  12. Dalam fekah, kita mengambil hukum zahir. Maksudnya jika memang jelas ada bulu yang kita lihat dengan mata kasar kita.. maka itu dikira najislah. Tak boleh bawa dalam solat. Kita kena hindarkan. Jika berlaku semasa solat, maka dikira kita membawa najis, tidak sah solat kita. Tetapi jika kita tak nampak dgn mata kasar kita, maka tak adalah. Sahlah solat kita.

    Tapi orang-orang yang warak, dia mengambil lebih daripada itu. Dia mengambil sikap berhati-hati. Makanya dia akan memastikan sehalus-halusnya agar sebelum solat itu dia bebas daripada bulu-bulu yang melekat di tempat solat dan pada pakaian.

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  13. maknanya duster bulu ayam tu xleh dipakai la kerana najis?

    ReplyDelete
  14. Sdr Adam,
    Perlu dilihat dahulu apakah bulu ayam sebenar atau tiruan. Jikapun sebenar, bulu ayam itu bukan najis jika bulunya itu gugur sewaktu hidupnya. Sebab ayam itu adalah binatang yang halal dimakan. Sekalipun sudah matinya ayam itu, tetap bulu itu tidak najis jika bulu itu terpisah dari ayam yang mati kerana disembelih.
    Kecuali terpisah bulu ayam itu sewaktu matinya tanpa sembelih, maka itu bangkai, dan bulu itu bernajis.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.