Bertanya anda tentang puasa hari Jumaat..yang dikatakan makruh itu?
Dijawab:
Makruh puasa hari Jumaat sahaja, atau hari Sabtu sahaja atau Ahad sahaja. Kecuali hendaklah dikampilkan dengan puasa pada hari yang sebelumnya atau sesudahnya. Dan jatuh makruh itu jika puasa sunat, tiada puasa qadha. Namun sebaiknya puasa qadha itu jika luas masanya dilakukan pada hari-hari yang disukai oleh Rasulullah untuk berpuasa iaitu Isnin & Khamis. Dan tiada mengapa puasa pada hari-hari yang dimakruhkan tersebut jika berbetulan ia dengan peristiwa yang disunatkan berpuasa seperti puasa Arafah 9 Zulhijjah atau puasa Asyura 10 Muharam.

TERIMA KASIH, USTAZ ....atas perkongsian yang baik ini. :)
ReplyDeleteboleh ta berpuasa pada hari sabtu(10 muharam) sahaja beserta niat qada dan sunat tanpa diikuti puase pd hari jumaat atau ahad?
ReplyDeleteBoleh, tidak ada masalah krn ianya puasa sunat sbb peristiwa. Maka tiada makruh menunggalkan puasa itu jk bertepatan ianya jatuh pada hari jumaat atau ahad. Tinggal lg puasa asyura ini baik jk ianya dilakukan jg puasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya.
ReplyDeleteboleh tak puasa ganti pada hari sabtu serta berpuasa pada hari keesokkannya(ahad) tanpa memulakan puasa pada hari jumaat ?
ReplyDeleteCik Bunga Sakura,
ReplyDeleteSeperti yang dinyatakan dalam teks tersebut, tidak makruh untuk puasa qadha pada hari2 tersebut. Makanya, boleh sahaja jika mahu puasa ganti pada hari Sabtu dan Ahad atau hari Sabtu sahaja.