1. Syarat menjadi haid ialah darah keluar sekurang-kurang masa 24 jam
Maksudnya jika
keluar darah kurang daripada 24 jam atau sehari semalam secara terus-menerus,
maka tidak dikira sebagai haid. Jika darah keluar sekejap-sekejap dalam tempoh
15 hari dan bila dikumpulkan waktu itu memenuhi 24 jam maka tempoh masa
tersebut dikira sebagai haid.
2. Sudah tidak dianggap haid apabila darah itu melebihi 15 hari
Maksudnya selagi darah
itu berterusan keluar dalam tempoh masa 15 hari, maka dikira sebagai haid.
Darah yang melebihi tempoh tersebut, tidak lagi dianggap sebagai haid tetapi
dihukumkan sebagai darah istihadhah. Makanya masa haid wanita itu adalah dengan
dibezakan warna darah atau jika tidak dapat dibezakan warnanya maka dilihat pada
tempoh kebiasaan haidnya sebelum ini.
Maksudnya tidak
dihukumkan haid jika tempoh suci kurang daripada 15 hari. Dikira sebagai haid
itu mestilah apabila darah itu keluar selepas daripada 15 hari daripada hari tamat
haid yang sebelumnya.
4. Minimum umur keluar haid ialah 9 tahun
Maksudnya jika keluar darah sebelum daripada umur tersebut, ia bukan haid. Lebih tepat lagi, ulamak menentukan keluarnya darah secara terus menerus 24 jam dalam tempoh masa 16 hari sebelum 9 tahun dihukumkan juga sebagai haid.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.