Saturday, July 12, 2008

Aurat Wanita Di Dalam Sembahyang

1. Ulamak Mazhab Syafie sepakat, aurat wanita di dalam sembahyang, wajib menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Tiada terkecuali biarpun sembahyangnya seorang diri di tempat gelap atau di dalam khemah.

2. Makruh menutup muka seperti memakai purdah yang menampakkan kawasan mata dan dahinya, atas pendapat banyak ulamak. Satu pendapat di dalam Kifayatul Akhyar, membolehkan memakai purdah seperti yang disebutkan itu bagi mengelakkan pandangan liar lelaki ajnabi di dalam masjid.

3. Batas aurat itu adalah ditutup daripada pandangan sebelah atasnya dan daripada kelilingnya. Tiada pada pandangan daripada bawahnya. Jika dia sujud, maka tapak kakinya perlu ditutup dengan pakaian, dan tidak boleh terbuka berdasarkan pandangan daripada keliling.

4. Syarat aurat itu juga ialah kain yang dipakainya mestilah tidak nipis sampai menampakkan warna kulit atau warna rambut.

5. Bila aurat itu terbuka kerana ditiup angin, tidak membatalkan solat dengan syarat ditutup dengan segera dan terbuka itu tidak melebihi kadar waktu melafazkan subhanaAllah.

32 comments:

ummi said...

assalamualaikum
Pertanyaan: Bagaimana pula sekiranya seorang wanita solat dan pakaian nya menutup seluruh badan kecuali muka dan lengan bajunya hanya sehingga ke pergelangan tangan.

Adakah tapak tangan meliputi kawasan di atas di atas tangan sehingga ke pergelangan atau tidak.

mohonkan penjelasan

Editor said...

Maksud tapak tangan itu ialah meliputi atas dan bawah tapak tangan. Justeru, tiada mengapa pakaian itu sehingga ke pergelangan tangan sahaja tapi hendaklah dipastikan ianya terkancing. Agar tidak terdedah lengan baju itu hingga ternampak lengan kita sewaktu kita mengangkat tangan.

Crafty peach said...

assalamualaikum ustaz...
saya ingin bertanya bagaimanakah sekiranya seseorg tersedar ada ternampak sehelai dua rambut di dahinya selepas dia habis solat walaupun dia sudah memastikan rambutnya tidak kelihatan sblm dia memulakan solat? Perlukah dia mengulangi solatnya semula?

Editor said...

Waalaikumussalam.

Anda mendapati rambut sehelai dua itu terkeluar daripada kain tudung telekung selesai solat. Makanya perlu dilihat, apakah beda masa antara wakt salam & waktu ternampak rambut itu.

1. Jika dekat masanya, itu bermaksud memang jelas rambut itu terkeluar sewaktu dalam solat. Anda perlu mengulangi solat tersebut kerana dikira sudah tidak menutup aurat di dalam solat. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk lebih berhati-hati dalam soal ini.

2. Jika lama masanya, ada kemungkinan ia bukan berlaku di dalam waktu solat tetapi di luar waktu solat. Maka solat anda itu sah dan tidak perlu lagi mengulangi solat tersebut.

Anonymous said...

assalamualaikum....
sy ada beberapa soalan yg nak dkemukakan kpd ustaz, dharap agar ustaz boleh membantu:-
1) jika sekiranya wanita solat bersendirian di dlm tmpt tertutup, tetapi kain telekungnya tipis krn sudah lama sehingga menampakkan rambut dan tangannya.. adakah solatnya itu sah?... perlukah dia membeli telekung yg baru?
2) apakah dosanya jika seseorang ketawa kecil/tersenyum krn sesuatu yg berlaku dsekelilingnya(akibat mdengar perbualan org sekeliling-tidak kusyuk)
3) apabila tengah solat, si anak menangis minta diambil, justeru si ibu serba salah sama ada nak berhenti solat atau tak, akhirnya si ibu meneruskan juga solatnya hingga akhir tetapi hanya sempat mbaca wirid pendek & terus berdoa... adakah solatnya itu sah / dia perlu mengulangi solatnya itu selepas anaknya tenang....
terima kasih & wasalam....

Editor said...

Jawab:

1. Sekira-kira kain itu nipis dan dalam jarak jauh dan sederhana boleh nampak warna kulit, maksudnya boleh benar mengetahui bahawa apa warna kulitnya, jelas tidak sah solat kerana dikira sudah terbuka aurat.

2. Jika sekadar senyum tidak membatalkan solat. Jika seorang ketawa kecil di dalam solat sehingga keluar satu perkataan yang memberi makna atau dua perkataan biarpun tidak memberi makna maka batal solat.

3.Tiada apa masalah dengan meneruskan solat itu.

Anonymous said...

Salam ust. nak tanye. dagu tu termasuk aurat wanita ke? sbb mase solat, selalunye wanita akan tutup dagu tapi di luar solat tudungnya tidak tutup dagu.

dan ape hukumnye kalau tak tutup dagu waktu di luar solat?

mohon penjelasan ust. syukran.

Cik Nora.

Editor said...

Aurat wanita dalam solat ialah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Di luar solat , di hadapan lelaki yang bukan mahram, timbul perbezaan pendapat. Satu pendapat mengatakan seluruh badan iaitu wajib mengenakan purdah. Sedang pendapat lain mengatakan ia sama dengan aurat di dalam solat dan inilah juga yang dipegang dalam sabilal muhtadin.

Justeru jika kita mengambil pendapat kedua yang membolehkan kita membuka muka di hdapan lelaki ajnabi (bukan mahram), mari lihat tafsiran bujur muka. Dalam kitab fathul muin menyebut, batas bujur muka ialah antara tempat mula tumbuh rambut kepala sampai hujung bawah pertemuan dua rahang. Maksudnya dagu itu termasuk dalam batas muka.
Namun sebagai langkah berhati-hati, biarlah dagu itu juga ditutup sama, dan inilah contoh yang ditunjukkan oleh kebanyakan wanita muslimah juga isteri-isteri orang-orang soleh.

Anonymous said...

salam...
saya ada satu peroalan...baru2 ini sy ada pergi ke suatu tempat beriadah bersama suami dan anak2.tiba waktu solat, sy pergi ke surau awam berhampiran,malangnya..tiada satu pun telekung yang disediakan.(sy pula ketika itu tidak membawa bersama telekung sendiri).hendak meminjam pada orang..tiada pula orang yang hendak bersolat ketika itu..sy terus melakukan amalan wajib itu dengan pakaian sedia ada pada sy.ketika itu sy berpakaian tshirt ala muslimah yg berkancing dibahagian pergelangan tangan,berseluar slack serta berstoking.persoalannya..adakah sah solat sy itu memandangkan sy mungkin dalam keadaan darurat? tolong berikan penjelasan.terima kasih

smurf said...

assalamualaikum,

soalan saya ini sudah pernah ditanya oleh umi di atas. Tetapi saya mohon kepastian sekali lagi. Malam tadi ketika saya hendak solah isyak di surau, saya seperti biasa tidak akan mengenakan telekung. Tetapi saya pastikan aurat saya terjaga. Persoalan timbul apabila ada seorang makcik yang agak arif juga berkenaan agama mengatakan mengikut mazhab shafie, hanya tapak tgn dan muka sahaja yang bleh kelihatan. Justeru katanya bahagian atas tangan harus ditutup, sebab itulah kita bertelekung. Dan menurut makcik tersebut lagi, dia sudah bertanya kepada beberapa ustaz dan semuanya sepakat mengatakan bahagian atas tgn harus ditutup (mazhab shafie). Saya jadi keliru sekarang. Harap dapat membantu.

terima kasih

ainz comey said...

salam ustaz..
sy ingin bertanya adakah sah solat wanita jika bahagian dagu tidak ditutup?

Editor said...

Ulamak tidak membahaskannya. Namun seperti ada dua aliran, satu yang menutup dagu. Dan satu lagi seperti dagu itu dibiarkan sahaja.

Apa yang terdapat dalam kitab fathul muin menyebut, batas bujur muka ialah antara tempat mula tumbuh rambut kepala sampai hujung bawah pertemuan dua rahang. Maksudnya dagu itu termasuk dalam batas muka.
Namun sebagai langkah berhati-hati, biarlah dagu itu juga ditutup sama, dan inilah contoh yang ditunjukkan oleh kebanyakan wanita muslimah juga isteri-isteri orang-orang soleh.

Anonymous said...

assalamualaikum....
saya ingin bertanya, adakah sah solat sekiranya sewaktu sujud tapak tangan berlapik dengan telekung yang dipakai. terima kasih.

Editor said...

Tiada masalah tentang tapak tangan yang berlapik semasa sujud atau memakai sarung tangan namun ulamak ada yang memakruhkannya.

Anonymous said...

assalammualaikum ustaz... saya mempunyai kemusykilan, sesetengah rakan saya mengatakan bahawa atas tapak tangan dikira sebagai aurat wanita yang harus ditutup ketika solat.jadi,saya ingin memastikan kesahihannya mengikut mazhab imam syafie.

Anonymous said...

akum..
adakah sah solat seorang wanita yg sdg solat di lihat oleh seorang lelaki?

Anonymous said...

akum..
adakah sah solat seorang wanita yg sdg solat di lihat oleh seorang lelaki?

Editor said...

Waalaikumussalam..
Yang sahihnya adalah 2 tapak tangan itu ialah atas dan bawah. Maka ianya tidak termasuk aurat dalam solat. sesetengah pendapat di luar solat juga begitu.

Sah solat wanita dilihat oleh seorang lelaki kerana jika wanita itu mengikuti syarat sah solat; ianya mesti menutup aurat.

Anis Liyana said...

salam ustaz, jika muslimat pki kain pelekat time solat . ape hukum nye ye?

Editor said...

Memakai kain pelekat itu memang diamalkan sesetengah pihak muslimah kerana kainnya yang panjang dn tidak jarang, maka boleh menutup aurat dengan sempurna. Tiadalah masalah dengannya kerana tidaklah kain pelekat itu dikhususkan sebagai pakaian lelaki. Wallahua'lam.

Editor said...

Persolan tentang dagu wanita jika kita kata dagu itu bukan sebahagian daripada muka:

Dagu itu ialah pertemuan tulang rahang muka. Kita boleh rasakan ada tulang di bawah tengah muka kita. Itulah dagu. Makanya tulang dagu itu adalah sempadan muka. Jika kita kata yang kita diwajibkan menutup muka, maka terangkum sekali menutup sempadannya iaitu dagu. Untuk kita menutup muka tanpa menutup sempadannya adalah sesuatu yang sukar dilakukan atas kerana sukar membeza dan memisahkan keduanya.
Oleh itu dagu wajib juga ditutup sebagai menyempurnakan kewajiban menutup muka.

e-a kashfi said...

Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanya adakah sah solat seorang wanita yang menutup aurat dengan sempurna ketika solat namun sanggul rambutnya yang tinggi kelihatan? mohon penjelasa ustaz. terima kasih

Editor said...

Waalaikumussalam. Tidak ada masalah tentang itu dan sah sembahyangnya.

Anonymous said...

salam ustaz..mohon penjelasan..apakah hukumnya jika seorang wanita yang sedang berwuduk@sudah berwuduk kelihatan kakinya??biasanya ketika d mesjid atau d rumah agak payah untuk menutup kaki..soalnya apabila mengambil langkah menutup kaki dengan stokin dan stokin itu basah..kotoran akan melekat pada kaki.. dan pelbagai lagi alasan yang berkaitan..mohon penjelasan ustaz..adakah sah solat jika d teruskan berkaitan dengan kaki yang salah 1 aurat wanita..terima kasih..

Editor said...

salam.

Soalan tidak jelas. Jaid saya menjawab apa yang bolehlah. Memanglah kesukaran bagi wanita pada sesetengah masjid yang tdk menyediakan tempat wudhuk khusus untuk wanita. Kita tidak faham mengapa AJK masjid tidak peka dengan permasalahan wanita terutama dalam hal sembahyang dan bersuci. Stokin kena dibuka sewaktu berwudhuk bagi membasuh kaki. Ini kewajiban bagi setiap yang orang berwudhuk tidak kira lelaki atau wanita. Kecuali memang ada ilmunya, dengan syarat2nya, tidak perlu membuka bagi orang yang memakai kasut atau stokin tebal atau sarung kaki kulit disebut khuf. Malah hanya perlu menyapu sahaja pada bahagian luarnya.

ida wahida said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

assalamualaikum..ustaz..soalan saya..sah ke sembahyang jika kita hanya menutup tangn dengan hand sock..maksudnya sarung tangan yg panjang dari siku ke pergelangan tangan..sarung tu pulak ketat melekat ke tangan..terima kasih

Editor said...

Waalaikumussalam kepada saudari.
Sah sembahyang dengan memakai baju seperti itu kerana ianya tetap dikira menutup aurat. Tinggal lagi pada pendapat ulamak perbuatan sebegitu makruh hendaknya. Ia jadi tidak sah sekiranya hand sock itu sangat nipis sehingga menampakkan warna kulit pada pandangan mata kasar berjarak sederhana.
Namun sebaiknya dalam menghadap Allah, atau dalam menutup aurat, kita menjaga adab dengan berpakaian longgar. Hand-sock itu dipakai juga sebagai pakaian dalam sebagai langkah berhati-hati. Wallahua'lam.

Editor said...

Pembetulan Komen pada 22 Nov 2012:

Persolan tentang dagu wanita jika kita kata dagu itu bukan sebahagian daripada muka:

Dagu itu ialah pertemuan tulang rahang muka. Kita boleh rasakan ada tulang di bawah tengah muka kita. Itulah dagu. Makanya tulang dagu itu adalah sempadan muka. dan bawah daripada tulang dagu itu, adalah kawasan yang wajib ditutup. Jika kita kata yang kita diwajibkan menutup kecuali muka, maka terangkum sekali menutup sempadannya iaitu dagu. Untuk kita menutup kecuali muka tanpa menutup sempadannya adalah sesuatu yang sukar dilakukan atas kerana sukar membeza dan memisahkan keduanya.
Oleh itu dagu wajib juga ditutup sebagai menyempurnakan kewajiban menutup kecuali muka. Terutama pula kita fahami dagu termasuk muka, iatu tulang yg mudah kita kenal padanya. Maka bawah daripada had dagu itu, adalah had yg wajib ditutup.

Rushanida Ruslan said...

assalammualaikum ustaz...

saya ingin bertanya apakah hukum bagi wanita yang memakai stokin kaki yang menampakkan bentuk kaki (ketat) ketika solat?

Editor said...


Waalaikumussalam saudari Rushanida,

Wanita memakai stokin kaki ketika sembahyang itulah sebaiknya sebagai berhati-hati, bimbangkan aurat kaki boleh ternampak sewaktu sujud. Persoalan stokin tidak timbul apabila wanita itu memakai kain yang labuh sehingga menutup seluruh kakinya. Hinggakan sujud pun ditutup dengan kain tersebut. Namun jika memakai juga, maka itu pun baik juga seperti disebutkan tadi ianya lebih berhati-hati dan menjaga. Jikapun ia ketat tidaklah menjadi masalah kerana tidak dilihat oleh orang lain seperti bukan mahram. Secara umumnya pakaian ketat yang menutup aurat itu dimakruhkan ulamak. Wallahua'lam.

Anonymous said...

as salam ustaz...mcmana kslu telekung yg jns kain melekat cthnya kain lycra...sah solat tak