1. Bagi penganut mazhab Syafie, solat berjemaah itu adalah fardhu kifayah. Bukan wajib bagi setiap orang tapi sudah cukup bagi sebilangan orang mengerjakannya dalam satu kampung atau kariah, melepaskan dosa yang lain. Tapi jika yang lain buat juga, maka bagi mereka masing-masing dapat pahala fardhu kifayah. Berbeza dengan Mazhab Hanbali yang mengatakan solat berjemaah itu fardhu ain, wajib bagi setiap orang.
2. Sebahagian ulamak mazhab syafie berkata solat berjemaah itu bukan fardhu kifayah, tetapi sunat muakkad sahaja. Maksudnya bawah sikit tingkatannya daripada fardhu kifayah. Sangat dituntut tetapi bukanlah sampai menjadi dosa jika tidak dilakukan dalam satu kampung atau kariah. Namun yang dipegang oleh kebanyakan ulamak mazhab syafie ialah pada hukum fardhu kifayah.
3. Tercatat dalam kitab Sabilal Muhtadin, bahawa untuk terhasil fardhu kifayah mestilah solat jemaah itu nyata syiarnya. Memahami maksud ini, tidak memadai solat jemaah di rumah pada satu kampung atau kariah, untuk dikira sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah. Untuk itu, dalam sesuatu kampung atau kariah mesti didirikan samada masjid atau surau agar dapat ditegakkan solat berjemaah. Agar dengan itu nyata syiar Islam bilamana ramai orang mendatangi masjid atau surau untuk mengerjakan solat berjemaah.
12 comments:
salam..
ana ingin ty mcm mne dgn hadith..
ana lupe matan..
yg bermaksud..
nabi akan membakar rumah org2 yg tidak turun solat jemaah..maksud disini kepentingan solat jemaah..
ana nk thu..untuk ilmu..
syukran
Kalau kita ambil zahir matan, maka baguslah ancaman sebegitu setidak-tidaknya menggalakkan kita untuk solat jemaah. Namun, sebab nabi buat begitu kerana rata-rata yang tak pergi solat jemaah waktu itu adalah orang munafik. Wallahua'lam.
salam saya nak tanyer...
bagaimana ulama' mengambil hukum fardhu kifayah atau sunat muakkad?
ambil contoh solat tahajjud dikategori sunnat kerna Rasulullah tinggalkan hanya 1 malam. maka jatuh hukum sunnat..
tapi sepanjang hayat Rasulullah, adakah baginda pernah tinggalkan solat berjemaah?
Didasarkan solat berjemaah itu fardhu kifayah atas hadis riwayat Ibnu Hibban iaitu sabda Nabi s.a.w yang mafhumnya: Tidaklah 3 orang pada satu dusun yang tidak didirikan jemaah (sembahyang), maka syaitan akan dapat mengalahkan mereka. Manakala yang mengambil pendapat sunnat muakkad kerana hadis riwayat Bukhari & Muslim yang mafhumnya: Sembahyang berjemaah itu lebih afdhal daripada sembahyang seorang diri dengan dua puluh tujuh darjat.
Maka ketahuilah kita di sini bahawa ulamak tidak sepakat dalam mengatakan samada fardhu kifayah mahupun sunat muakkad. Sedangkan ada juga ulamak mengatakan ianya fardhu ain berpandukan pada hadis di mana Rasulullah hendak membakar rumah orang yang tidak solat jemaah. Walau bagaimanapun, yang nyata bagi kita pengikut mazhab Syafie, maka pendapat terpilih ialah fardhu kifayah, seperti yang sudah diterangkan dalam artikel tersebut. Sekian.
Sumber rujukan: Sabilal Muhtadin & Bughyatul Tullab.
asslamualaikum... nak tumpang bertanya. saya masih agak confuse. semalam dgr ustaz ni cakap, kalau suami2 ni xpergi solat di surau berjemaah, solatnya jatuh tidak dikira/tidak berpahala. suami saya solat berjemaah bersama2 saya dan anak2 di rumah. jadi adakah solat suami saya tu tak dikira juga? terima kasih... :)
Mungkin maksud ustaz itu ialah tidak sempurna.Kerana di surau atau masjid lebih sempurnalah jemaah itu. Lebih lagi dpt solat di masjid. Selagi atas nama jemaah, minima seorg imam dn seorg makmum, maka tetap dpt pahala biarpun di rumah. InsyaAllah, dikira Allah. Namun pendekatan dapat pahala ini adalah pendekatan untuk orang awam. Bagi org yg mahu dicintai Tuhan, dia buat bukan krn pahala tetapi nak dapat cinta Allah. Dia lebih memikir soal dalaman, bgmna nak dpt khusyuk dlm solat.
salam...
sy nak tny,klu rumah kita dkt dengan surau atau masjid,sekiranya kita tidak sibuk,adakah hukum solat berjemaah di surau tersebut selepas masuk waktu solat dikira wajib?sekian,terima kasih..
Memang ada dalam hadis: Tidak sempurna solat seseorang yang menjadi tetangga masjid kecuali di dalam masjid.
Dan bagi saudara, tuntutan solat jemaah itu hanyalah fardhu kifayah, bukan fardhu ain. Tetapi digalakkan solat jemaah lebih-lebih lagi saudara berada dekat dengan masjid.
owh..trima kasih ya saudara editor atas ilmu yg dikongsikn bersama..akhir kata,selami jiwa,rawat rohani,perkasa peribadi..selamat beramal....
salam... sy nk tahu... bila kte solat sorg2, then ada kawan cuit bahu kita untuk bjmaah.. so ape tndakan kita? nk kna niat semula @ cmne??
terima ksh..
insan keliru..
Jika solat sendiri, maka kita niatkan sahaja jadi imam sebaik dicuit bahu kita. Agar kita dapat faedah berjemaah. Namun jika tak berniat apa2 sekalipun solat kita tetap sah, kerana tiada syarat dalam solat berjemaah itu imam mesti niatkan imam.
Salam,,nk tanye,,di perumahan saye ade surau dekat dgn rumah,,tp saya suka lg pergi solat jemaah di masjid,,masjid itu adalah dlm lingkungan kariah rumah saya,,tetapi surau lg hampir dgn rumah,,soalannye,,bolehkah saye meninggalkan kariah surau walaupun jarak surau lebih dekat dgn rumah berbanding masjid,,
Post a Comment