Monday, October 19, 2009

Hukum Solat Berjemaah

1. Bagi penganut mazhab Syafie, solat berjemaah itu adalah fardhu kifayah. Bukan wajib bagi setiap orang tapi sudah cukup bagi sebilangan orang mengerjakannya dalam satu kampung atau kariah, melepaskan dosa yang lain. Tapi jika yang lain buat juga, maka bagi mereka masing-masing dapat pahala fardhu kifayah. Berbeza dengan Mazhab Hanbali yang mengatakan solat berjemaah itu fardhu ain, wajib bagi setiap orang.

2. Sebahagian ulamak mazhab syafie berkata solat berjemaah itu bukan fardhu kifayah, tetapi sunat muakkad sahaja. Maksudnya bawah sikit tingkatannya daripada fardhu kifayah. Sangat dituntut tetapi bukanlah sampai menjadi dosa jika tidak dilakukan dalam satu kampung atau kariah. Namun yang dipegang oleh kebanyakan ulamak mazhab syafie ialah pada hukum fardhu kifayah.

3. Tercatat dalam kitab Sabilal Muhtadin, bahawa untuk terhasil fardhu kifayah mestilah solat jemaah itu nyata syiarnya. Memahami maksud ini, tidak memadai solat jemaah di rumah pada satu kampung atau kariah, untuk dikira sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah. Untuk itu, dalam sesuatu kampung atau kariah mesti didirikan samada masjid atau surau agar dapat ditegakkan solat berjemaah. Agar dengan itu nyata syiar Islam bilamana ramai orang mendatangi masjid atau surau untuk mengerjakan solat berjemaah.

25 comments:

  1. salam..
    ana ingin ty mcm mne dgn hadith..
    ana lupe matan..
    yg bermaksud..
    nabi akan membakar rumah org2 yg tidak turun solat jemaah..maksud disini kepentingan solat jemaah..
    ana nk thu..untuk ilmu..
    syukran

    ReplyDelete
  2. Kalau kita ambil zahir matan, maka baguslah ancaman sebegitu setidak-tidaknya menggalakkan kita untuk solat jemaah. Namun, sebab nabi buat begitu kerana rata-rata yang tak pergi solat jemaah waktu itu adalah orang munafik. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  3. salam saya nak tanyer...

    bagaimana ulama' mengambil hukum fardhu kifayah atau sunat muakkad?

    ambil contoh solat tahajjud dikategori sunnat kerna Rasulullah tinggalkan hanya 1 malam. maka jatuh hukum sunnat..

    tapi sepanjang hayat Rasulullah, adakah baginda pernah tinggalkan solat berjemaah?

    ReplyDelete
  4. Didasarkan solat berjemaah itu fardhu kifayah atas hadis riwayat Ibnu Hibban iaitu sabda Nabi s.a.w yang mafhumnya: Tidaklah 3 orang pada satu dusun yang tidak didirikan jemaah (sembahyang), maka syaitan akan dapat mengalahkan mereka. Manakala yang mengambil pendapat sunnat muakkad kerana hadis riwayat Bukhari & Muslim yang mafhumnya: Sembahyang berjemaah itu lebih afdhal daripada sembahyang seorang diri dengan dua puluh tujuh darjat.

    Maka ketahuilah kita di sini bahawa ulamak tidak sepakat dalam mengatakan samada fardhu kifayah mahupun sunat muakkad. Sedangkan ada juga ulamak mengatakan ianya fardhu ain berpandukan pada hadis di mana Rasulullah hendak membakar rumah orang yang tidak solat jemaah. Walau bagaimanapun, yang nyata bagi kita pengikut mazhab Syafie, maka pendapat terpilih ialah fardhu kifayah, seperti yang sudah diterangkan dalam artikel tersebut. Sekian.

    Sumber rujukan: Sabilal Muhtadin & Bughyatul Tullab.

    ReplyDelete
  5. asslamualaikum... nak tumpang bertanya. saya masih agak confuse. semalam dgr ustaz ni cakap, kalau suami2 ni xpergi solat di surau berjemaah, solatnya jatuh tidak dikira/tidak berpahala. suami saya solat berjemaah bersama2 saya dan anak2 di rumah. jadi adakah solat suami saya tu tak dikira juga? terima kasih... :)

    ReplyDelete
  6. Mungkin maksud ustaz itu ialah tidak sempurna.Kerana di surau atau masjid lebih sempurnalah jemaah itu. Lebih lagi dpt solat di masjid. Selagi atas nama jemaah, minima seorg imam dn seorg makmum, maka tetap dpt pahala biarpun di rumah. InsyaAllah, dikira Allah. Namun pendekatan dapat pahala ini adalah pendekatan untuk orang awam. Bagi org yg mahu dicintai Tuhan, dia buat bukan krn pahala tetapi nak dapat cinta Allah. Dia lebih memikir soal dalaman, bgmna nak dpt khusyuk dlm solat.

    ReplyDelete
  7. salam...
    sy nak tny,klu rumah kita dkt dengan surau atau masjid,sekiranya kita tidak sibuk,adakah hukum solat berjemaah di surau tersebut selepas masuk waktu solat dikira wajib?sekian,terima kasih..

    ReplyDelete
  8. Memang ada dalam hadis: Tidak sempurna solat seseorang yang menjadi tetangga masjid kecuali di dalam masjid.

    Dan bagi saudara, tuntutan solat jemaah itu hanyalah fardhu kifayah, bukan fardhu ain. Tetapi digalakkan solat jemaah lebih-lebih lagi saudara berada dekat dengan masjid.

    ReplyDelete
  9. owh..trima kasih ya saudara editor atas ilmu yg dikongsikn bersama..akhir kata,selami jiwa,rawat rohani,perkasa peribadi..selamat beramal....

    ReplyDelete
  10. salam... sy nk tahu... bila kte solat sorg2, then ada kawan cuit bahu kita untuk bjmaah.. so ape tndakan kita? nk kna niat semula @ cmne??

    terima ksh..

    insan keliru..

    ReplyDelete
  11. Jika solat sendiri, maka kita niatkan sahaja jadi imam sebaik dicuit bahu kita. Agar kita dapat faedah berjemaah. Namun jika tak berniat apa2 sekalipun solat kita tetap sah, kerana tiada syarat dalam solat berjemaah itu imam mesti niatkan imam.

    ReplyDelete
  12. Salam,,nk tanye,,di perumahan saye ade surau dekat dgn rumah,,tp saya suka lg pergi solat jemaah di masjid,,masjid itu adalah dlm lingkungan kariah rumah saya,,tetapi surau lg hampir dgn rumah,,soalannye,,bolehkah saye meninggalkan kariah surau walaupun jarak surau lebih dekat dgn rumah berbanding masjid,,

    ReplyDelete
  13. Post yang bagus mengenai solat berjemaah dalam mazhab Syafie. :) Namun hakikatnya,apabila terdapat pendapat para ulama' mazhab seperti mazhab Maliki,mazhab Syafie, mazhab Hanafi dan dll yg berselisih maka kita sepatutnya memilih pendapat yang paling hampir dengan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

    Sunggguh Imam Syafie pernah berkata,"Jika kalian mendapati dalam kitabku sesuatu yang bertentangan dengan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka sampaikanlah sunnah tadi dan tinggalkanlah pendapatku –dan dalam riwayat lain Imam Syafi’i mengatakan– maka ikutilah sunnah tadi dan jangan pedulikan ucapan orang.” [Al Majmu’ Syarh Al Muhadzdzab, 1: 63]

    ReplyDelete
  14. Saudara Jam Bread,

    Ada 2 persoalan yang dibangkitkan di sini:

    1. Di sebut tentang perbezaan pendapat mazhab di sini, kerana boleh sahaja ikut mana2 mazhab yg 4. Dan sesungguhnya mereka inilah yang mendekati dengan sumber Al-Quran & Sunnah. Sebab Rasulullah menyebut 'perbezaan pendapat di kalangan umatku adalah rahmat'. Jadi sebagai orang awam seperti kita, yang kurang ilmunya, maka kenalah bermazhab. Mazhab yg 4 ini sdh menguasai berbagai ilmu spt ilmu nahu dan saraf bahasa Arab, ilmu mustolah hadis, Ilmu Hadis, Ilmu tafsir dan lain-lain lagi. Malah periwayat Hadis seperti Imam Bukhari dan Imam Muslim pun bermazhab dgn mereka jg.

    2. Persoalan ttg maksud kalam Imam Syafie itu bukan ditujukan kepada kita. Tapi ulamak besar di bawah jalur Imam Syafie mengatakan kata-kata itu ditujukan kepada ulamak-ulamak yg sdh mampu berijtihad. Contohnya spt Imam Nawawi yg menggunakan hadis sahih dlm menentukan waktu habis Maghrib, justeru memakai qaul qadim Imam Syafie dan meninggalkan qaul jadid Imam Syafie.

    -Tamat-

    ReplyDelete
  15. Saya tak maksudkan kita boleh tak bermazhab. Dalam perselisihan pendapat antara imam mazhab, kita seharusnya mengambil pendapat imam mazhab yang paling hampir dengan Al-Quran dan Al-Sunnah. Tidak elok untuk kita mengambil mana-mana pendapat imam mazhab untuk memudahkan urusan kita.

    Boleh datangkan sumber kesahihan Rasulullah SAW menyebut 'perbezaan pendapat di kalangan umatku adalah rahmat'? Kerana setahu saya riwayat tu daif. Wallahua'lam. Peace

    ReplyDelete
  16. Saya setuju. Kita tdk boleh mengambil apa jua pdpt mazhab skdr nak menyesuaikan pdpt kita. Itu campur aduk namanya, dinamakan talfiq dn tdk dibenarkan dalam amalan mazhab. Yg dibolehkan adalah taqlid. Yg dikatakan mazhab mendekati sunnah, maka ambillah atau pilihlah salah satu drp 4 itu, maka ianya mendekati, insyaAllah. Ttg hadis perbezaan pendapat umatku itu rahmat, saya pun tdklah mahir dalam mustolah hadis ini. Jadinya hasil rujukan maka memang ada yg mengatakan ianya dhaif. Tp ia tetap ada sandaran. Bahkan di stgh tempat, tdk menyebut umat, tetapi menyebut sahabat. Bolehlah merujuk di sini:
    http://pustaka.islamnet.web.id/Bahtsul_Masaail/pissktb/index.html#f0073__hadits_perbedaan_umatku

    ReplyDelete
  17. Bagi mematuhi disiplin ilmu hadis, jika kita tidak mahir dlm mustolah hadis, kita tidak boleh memberi hadis tanpa riwayat kerana risau tergolong dlm kalangan yg Rasulullah SAW sebutkan, “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”. (Hadis Mutawatir)

    Kata Rasulullah SAW,“Seseorang sudah cukup disebut dusta (bohong) jika ia berbicara hanya atas dasar setiap apa yang didengar.” (Riwayat Muslim)


    Berkenaan perselisihan umat, dalam hadis Sahih Muslim, Rasulullah SAW pernah meminta(berdoa) kpd Allah 3 perkara. Namun 2 diterima tapi 1 ditolak oleh Allah. 1 itu ialah Rasulullah SAW meminta agar tidak ade perselisihan/perpecahan dalam umat baginda namun Allah menolak doa baginda.

    http://soaljawab.wordpress.com/2008/07/31/soal-jawab-%E2%80%9Dperbezaan-pendapat-dikalangan-umatku-adalah-rahmat%E2%80%9D-adakah-hadith-palsu/

    Jika hadis "perbezaan umat adalah rahmat" tu palsu/daif, saya nk katakan, perselisihan umat Islam selepas Rasulullah SAW wafat berlaku, tapi ia bukan rahmat. Kita boleh lihat antara tanda2 buruk sebelum hari kiamat ialah terlalu banyak umat Islam berpecah-belah dan bermusuhan. Wallua'lam.

    ReplyDelete
  18. Jadi klo hadis doif ni tidak boleh diterima pakai ka?? Andai kata hadis yg daif tersebut betul dr rasul tidakkah kt sudah menafikn hadis nabi. Mohon jawapan yg jelas. Keliru la mcm ni

    ReplyDelete
  19. pergila sembahyang berjemaah.. kan ker banyak manfaatnya..lagipun ia ibadat pertama yang di nilai..lepas tu buatlah solat sunat plak... Dalam quran kan ada penekanan solat..dan nabi dah bagi contoh terbaik kat kita. Baginda buat solat berjemaah kat masjid atau sedang dalam perjalanan.."kalau saudara terdengar seruan azan " dari masjid surau teruslah kesana..kalau tak kedengaran maka buatlah sebaik mungkin macam musafir ke askar perbatatasan masih boleh solat jemaah.. isu nak letak kat level mana tu janganlah di susahkan. Isunya sini kewajipan solat dan penekanan solat..kalau kita tahu solat di nilai dulu takkanlah taknak rebut peluang gandakan score solat kita..

    ReplyDelete
  20. kalau nak tegakkan pendapat sapa2 xmenang yang menangnya sapa yang buat ikut nabi suruh..cuba nyatakan apa faedahnya kita nak bertekak wajib berjemaah masji ke sunat berjamaah msjid.. yang bermusafir atau di perbatasan susah solat berjamaah masjid abang oii tapi boleh berjamaah bersama kumpulan. macam saya pergi USA sorang diri dulu la gi xder org boleh solat jemaah dengan saya.. Apa yang saya nak myatakan kan sini..kalau kita dengar azan di masjid penuhilah seruan itu...jgn sombong plak...kalau xder seruan azan masjid tapi kita dalam jamaah maka kita solatlah jammah..tapi kalau kamu seorang diri kewajipan solat tu tetap kita buat..

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum...senang mcm ni la;
    siapa nak pahala lebih 27 kali ganda solatlah berjemaah di masjid/surau.Yang taknak pahala lebih solatlah sorang2 di rumah.Tapi klau boleh usahakan diri bersolat jemaah di masjid/surau kerana di sana banyak diadakan majlis2 ilmu...Walaahua'lam

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum........nak tanye ,pada hari isnin hingga jumaat di surau kawasan perumahan Rumah saya sering tiada orang solat berjemaah solat asar dan zohor akibat ramai orang yang pergi bekerja.jadi adakah penduduk kawasan perumahan saya berdosa?

    ReplyDelete
  23. Waalaikumussalam

    Ada pendapat mengatakan fardhu kifayah itu diukur pada kawasan sejauh jarak perlanan 2 marhalah. Maknanya dalam kawasan 2 marhalah itu mestilah berlaku tuntutan fardhu kifayah itu atau semua penduduk kawasan tersebut menanggung dosa. Jadinya jika mengambil pendapat itu selagi ada orang2 solat berjemaah secara terang-terangan dan nampak syiarnya, maka terlepaslah yang lain daripada tuntutan fardhu kifayah itu. Itupun jika mengambil pendapat fardhu kifayah. Sedangkan satu pendapat lain dalam mazhab syafie, solat berjemaah itu hanya sunat muakkad. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalaamualaikum saudara editor
      saya tertarik dgn perbincangan ini.
      1. Sy nak ambil point 2 marhalah itu bersamaan dgn berapa km? boleh jelaskan pendapat dari siapa?
      2. Apa pndpt saudara sekiranya azan tidak kedengaran dari rmh ttp sayup2 terdengar hya pd waktu Subuh ketika keadaan sunyi
      3. Adakah menjaga anak kecil (2 thn) termasuk uzur syarie.
      sekian t. Kasih
      wallahuaklam

      Delete
  24. Waalaikumussalam

    Boleh dilihat dalam kitab-kitab. Saya petik satu daripadanya, dalam Fekah Manhaji As-Syafie, terbitan pustaka salam:

    Jarak jauh perjalanan hendaklah sampai 81km atau lebih. Sekiranya kurang, maka tidak dinamakan musafir. Al-Bukhari telah menyebut ketika membuat komentar dalam kitab "mengqasarkan sembahyang", bab "berapakah jarak yang dibolehkan sembahyang qasar." Katanya: Ibnu Umar dan Ibnu Abbas r.a. mengqasarkan sembahyang dan berbuka puasa pada jarak empat burud iaitu 16 farsakh.(yang menyamai 81km lebih kurang).
    Kedua-duanya melakukannya berdasarkan ilmu yang diperolehi daripada Nabi.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.