Thursday, September 11, 2008

Tips Buka Puasa

1. Sebaiknya 10 minit sebelum berbuka, kita bersiap diri dengan pakaian sembahyang dan berwudhuk.

2. Apabila masuk waktu Maghrib, maka sunat untuk kita melaungkan azan. Jika sudah ada orang lain yang melaungkan azan, maka sunat kita menjawab azan.

3. Selesai azan, kita membaca doa azan, kemudian barulah kita membaca doa berbuka puasa dan doa makan. Maksud sabda Rasulullah s.a.w: “Setiap orang yang berpuasa mempunyai doa yang dikabuli di waktu berbukanya.” (Riwayat Hakim)

4. Berbuka dengan mendahulukan makan kurma dan sebaiknya makan ia dengan bilangan yang ganjil; 1, 3 atau 5 biji.

5. Dalam hadis, Rasulullah menganjurkan berbuka dengan kurma, dan jika tiada kurma, maka mulakan berbuka itu dengan minum air. Air itu ialah air tawar dan jika tiada air tawar bolehlah dengan air yang manis. Sesetengah ulamak berpendapat, boleh makan makanan yang manis sebagai ganti ketiadaan kurma.

6. Sunat menyegerakan berbuka puasa dan tidak melambat-lambatkannya secara sengaja. Sebaiknya berbuka ringan sekadar mengalas perut untuk segera menunaikan sembahyang Maghrib.

7. Orang yang berbuka dengan sangkaan waktu maghrib sudah masuk kemudian ternyata belum lagi waktu maghrib, puasanya pada hari itu jadi batal. Wajib qadha puasa.

7 comments:

  1. 1. Kurma basah didahulukan daripada kurma kering.

    2. Yang dimaksudkan air tawar ialah air putih (air kosong). Jika tiada air putih bolehlah dengan apa sahaja jenis air.

    ReplyDelete
  2. Di dalam kitab Bughyatul Tullab, dinyatakan doa berbuka puasa seperti "Allahumma lakasumtu..." dibaca selepas berbuka puasa.

    ReplyDelete
  3. lha masa' batal??! kan ada unsur ketidaktahuan.

    ReplyDelete
  4. Apa maksud saudari ibnu zain?

    ReplyDelete
  5. maksud Ibnu Zain, ustad, dia bertanya kenapa Orang yang berbuka dengan sangkaan waktu maghrib sudah masuk kemudian ternyata belum lagi waktu maghrib, puasanya pada hari itu jadi batal? Menurut dia karena orang itu tidak tahu mengenai waktunya, maka puasanya seharusnya tidak batal, kurang lebih seperti itu

    ReplyDelete
  6. Mengambil hukum asal, kerana asalnya belum lagi waktu berbuka. Jadi dia sudah salah dalam berijtihad. Itu sebabnya dia kena benar-benar berhati-hati dalam menentukan kedudukan waktu berbuka puasa.

    ReplyDelete
  7. ooo..kna tggu azan selesai dulu ke,baru blh berbuka?selalunya sy tgk azan bru start org trus ngap dah

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.