Tuesday, February 10, 2009

Sunat Lebih Utama Daripada Wajib

Dikatakan oleh Imam Suyuthi ada beberapa perkara sunat itu lebih utama daripada wajib. Imam Suyuthi mengambil wudhuk sebagai salah satu contohnya.

Keterangan:
Berwudhuk apabila masuk waktu solat adalah wajib bagi orang yang wajib baginya mengerjakan solat. Sekiranya berwudhuk sebelum masuk waktu, ia hanyalah sunat sahaja. Tetapi yang utamanya adalah berwudhuk sebelum masuk waktu. Ini kerana apabila berwudhuk sebelum masuk waktu, seseorang itu boleh menunggu-nunggu waktu solat di atas tikar sembahyang dalam keadaan berwudhuk. Di samping boleh berzikir atau berselawat atau membaca Al-Quran dalam keadaan yang suci. Lebih-lebih lagi dalam kebaikan itu menunggu-nunggu di dalam masjid dalam keadaan berwudhuk sedangkan berada dalam masjid tanpa wudhuk itu makruh hukumnya. Apabila masuk sahaja waktu, seseorang itu akan dapat melaungkan azan atau menjawab azan dalam keadaan berwudhuk. Seseorang itu juga akan dapat menggunakan masa antara azan dan iqamah untuk bersolat sunat rawatib. Seseorang yang sudah ada wudhuknya, apabila iqamah dilaungkan, maka dia akan dapat mendirikan solat berjemaah dalam keadaan tenang, tidak tergesa-gesa. Berbanding orang yang baru mengambil wudhuknya sewaktu azan dilaungkan, kemungkinan sewaktu iqamah itu dia baru selesai wudhuknya dan sudah pasti tergesa-gesa untuk berada dalam saf. Sudah pasti juga, orang yang berwudhuk sebelum waktunya lagi, yang dalam keadaan menunggu masuk waktu solat, akan melakukan solat pada awal waktu. Rasulullah ada menyatakan solat pada awal waktu itu sebagai amalan yang utama.

Pengecualian:

Bagi orang yang dia itu "daimul hadas" iaitu terkena penyakit hadas yang berterusan seperti kencing tidak tus atau istihadhah, maka dia kena ambil wudhuk apabila masuk waktunya. Biarpun dia sudah ada wudhuk sebelum waktu lagi, wudhuk itu tidak terpakai dan tidak boleh digunakan untuk solat fardhunya. Dia berkehendakkan pada wudhuk yang baru dalam waktu sebagai syarat sah wudhuknya itu untuk solatnya.

5 comments:

  1. salam..

    Alhamdulillah, selesai saya baca semua nota agama dlm blog nie

    ReplyDelete
  2. salam...

    tak sabar sy nak baca entry baru

    ReplyDelete
  3. Segala yang baik itu daripada Allah, berkat mursyid saya, Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At-Tamimi.

    ReplyDelete
  4. Kalau bagi yang daimul hadas..boleh tak cuci dan tkr pelapik seluar sebelum masuk waktu? Nak mengejar masa untuk perkara lain tapi kena tunggu untuk azan sebelum boleh msuk tandas untuk cuci dan berwuduk sebab utk cuci dan tkr pelapik agak makan masa bagi saya yg ada mslh..

    ReplyDelete
  5. @InsanKerdil
    Syarat sah wudhuk khusus bagi orang daimul hadas ialah dia mestilah berwudhuk dalam waktu solat dan muwalat iaitu bersegera dalam berpindah tiap rukun wudhuk. Namun, tidak boleh tidak, mestilah memastikan sebelum daripada wudhuk itu, tidak keluar sesuatu daripada dubur atau qubul. Sbb ia akan membatalkan wudhuk. Itulah sebabnya kena dipastikan ia tidak keluar sebelum daripada wudhuk. Dan apa-apa yang keluar selepas itu dimaafkan dengan syarat bersegera kepada wudhuk dan solat. Jadi, harap saudara faham faktor kekangan masa yang berlaku di sini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.