Friday, March 27, 2009

Makmum Ikut Imam Dalam Sujud Sahwi

Dalam kitab Matlaul Badrin:

“Seperti sujud sahwi maka wajib ia muwafaqah akan imam pada perbuatannya dan tiada pada meninggalkannya dan jika meninggalkan dia oleh imam, sunat bagi makmum sujud kemudian darpada salam imamnya, dahulu daripada salamnya.”

Keterangan:

1. Jika imam sujud sahwi, makmum wajib “muwafaqat” yakni menyesuaikan diri dengan mengikut imam untuk sujud sahwi biarpun makmum itu tidak mengetahui apa-apa tentang kesalahan imam dalam sembahyang.

2. Biarpun makmum itu makmum masbuk yang masuk kemudian dalam sembahyang imam dan tidak bersamaan rakaat dengan imam. Maka mengikut sekali imam tersebut, dan selesai imam memberi kedua salam, maka bangun ia menyempurnakan rakaatnya.

3. Makmum sujud sahwi tanpa perlu niat sujud sahwi kerana niat itu sudah ditanggung oleh imam.

4. Jika imam itu samada sengaja atau tidak sengaja, meninggalkan sujud sahwi, dan makmum mengetahui ada keperluan untuk sujud sahwi, maka selepas salam kedua imam, sunat bagi makmum untuk sujud dengan niat sujud sahwi. Kemudian daripada itu barulah makmum memberi salam. Tiada wajib seketika itu untuk makmum mengikut imam memberi salam, tetapi jika mengikut juga, tidaklah mengapa.

5. Duduk tahiyat akhir yang selepasnya akan diikuti oleh sujud sahwi ialah duduk iftirasy seperti duduk pada tahiyat awal. Maka duduk yang selepasnya akan diikuti oleh salam ialah duduk tawaruk seperti duduk pada tahiyat akhir yang kebiasaannya.

12 comments:

  1. salam...
    Alhamdulillah, dpt ilmu baru lagi. urm bleh tak saudara pengarang sertakan rujukan. sy suka kalo belaja melalui ustaz atau maner2 sumber sambil baca kitab tu.

    tq

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas komen "anak kucing". Rujukan hanya akan dicatatkan bila perlu. Tanpa rujukan pun yakinlah, bahan-bahan posting dalam blog ini bersumberkan daripada guru mursyid, guru-guru Fardhu Ain, kitab-kitab muktabar serta himpunan fatwa-fatwa. InsyaAllah kitab-kitab rujukan tentang fekah dalam bahasa melayu telah banyak ada seperti sabilal muhtadin, matlaul badrin, fathul muin, fathul qarib, juga kitab hadis menyatakan hal fekah seperti bahrul mazi dan bulughul maram.
    Kitab induk Imam Syafie, Al-Umm juga sudah ada terjemahannya dalam bahasa Melayu Indonesia.

    ReplyDelete
  3. waaa banyaknya...

    teringin saya nak belaja kitab nie sumer

    ReplyDelete
  4. Ada lagi, yang mudah dibaca iaitu kitab Fekah Manhaji Syafie, oleh 3 orang penulis iaitu Mustafa Khin dll. Ada 2 terbitan, satu oleh Pustaka Salam & satu lagi oleh Jabatan Mufti N.9. Teks buku ini disokong oleh dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis.

    Kemudian, buku Sairus Salikin, Syeikh Abdus Samad Falimbani, sangat sesuai dibaca untuk mendapat pandangan fiqh Imam Ghazali yang disertakan dengan hal Tasauf.

    Ada juga pondok-pondok dan masjid surau dalam bab sembahyang gunakan buku munyatul musolli, ini kitab kecil karangan Syeikh Daud bin Abdullah Fathoni. Tetatpi khusus bab sembahyang sahaja.

    Ikut kaedah fiqh: "Kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua." Buatlah mana yang boleh dahulu, sebaiknya ada guru tang membimbing, tetapi kalau membaca dahulu pun tak apa, jika ada mana-mana tak jelas, dirujuk pada guru / ustaz.

    ReplyDelete
  5. blog nya bagus ya. dari mna dpat kta kta nya

    ReplyDelete
  6. segala puji itu kepada Allah yang memberikan segala ilmu kepunyaanNya, berkat juga daripada guru mursyid yang membimbing. Syukran.

    ReplyDelete
  7. blh x sujud sahwi slps salam jika terlupa berbuat demikian?sy pernah terdengar hal itu.jika blh, berapakah jarak masa yg dibolehkan?

    ReplyDelete
  8. Boleh sujud sahwi selepas salam, jika tidak lama masanya. Niat kembali dalam sembahyang dan beri salam macam biasa selepas sujud sahwi 2 kali itu.Jarak masa tidak boleh lama dan ada pendapat sekadar waktu 1 rakaat sembahyang. Maksudnya dalam 1 minit. Mestilah juga belum lagi melakukan perkara2 yg membatalkan sembahyang selepas salam awal tadi.

    ReplyDelete
  9. Assalamuakikum , adakah sah jika imam melakukan sujud sahwi dan makmum ikutinya tetapi makmum tidak tahu cara bacaanya

    ReplyDelete
  10. Waalaikumussalam

    Wajib makmum mengikut makmum sujud sahwi, biarpun makmum tidak tahu sebab apa kerana makmum itu masbuk. Dan apa-apa daripada itu adalah tanggungan imam. Wajib ikut juga, jika makmum tidak tahu bacaannya sekalipun. Jika tidak mengikut, maka batal serta-merta sembahyang makmum sekiranya tidak diniatkan mufaraqah.

    ReplyDelete
  11. Tidakkah klu kita buat sjud sahwi tanpa ada keperluan dkira sbg menambah rukun, ustaz?

    ReplyDelete
  12. kpd sdr alif maza,

    Apa yang dikatakan itu betul jika kita menjadi imam atau solat sendirian. Ia tidak terpakai jika jadi makmum, kerana sifat makmum itu mengikut imam. Kecuali makmum mengikut imam yang jelas bersalahan rukun, maka wajib makmum jika mengetahui, untuk tidak mengikutnya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.