Friday, April 24, 2009

Syarat Sah Bacaan Fatihah

Dalam kitab Fiqhul Manhaji Ala Mazhabil Imam As-Syafie, diterangkan syarat-syarat sah bacaan Fatihah di dalam solat. Salah satu daripadanya dinyatakan:

“Bacaannya mesti dibaca dan disempurnakan ketika dalam keadaan berdiri.”

Keterangan:

1. Keterangan ini menyebut tentang solat Fardhu. Tidak boleh membaca Fatihah itu dalam keadaan duduk kecuali apabila ada keuzuran untuk berdiri. Maka dia membaca dengan duduk. Kecuali ada keuzuran untuk berdiri dan duduk maka dia membaca dalam keadaan berbaring.

2. Masih dikira dalam keadaan berdiri dan sah Fatihah sekiranya sewaktu membaca Fatihah, badan dibongkokkan sedikit.

3. Tidak dikira dalam keadaan berdiri dan tidak sah Fatihah sekiranya sewaktu membaca Fatihah, badan dibongkokkan ke hadapan hingga hujung jari tangan boleh mencapai lutut.

4. Terkecuali bagi orang-orang tua atau sakit yang memang sediakala bongkok, maka sah Fatihahnya dalam keadaan sedemikian.

5. Sekiranya rukuk dalam keadaan Fatihah belum selesai, maka wajib kembali berdiri dan mengulangi bacaan Fatihah semula.

6. Sekiranya bangun daripada sujud atau tasyahud untuk rakaat yang berikutnya, maka tidak sah Fatihah sekiranya membacanya dalam keadaan belum benar-benar berdiri tegak.

7. Sunat antara bacaan Fatihah (ataupun surah) dan rukuk itu diselangi dengan diam seketika dalam keadaan berdiri sekadar waktu membaca subhanaAllah.

4 comments:

  1. adakah sah jika mbaca fatihah yg tidak selari hukum tajwidnya?cnthnya pd mad arid li sukun

    ReplyDelete
  2. Jika membaca fatihah itu salah tajwidnya sehingga boleh merubah makna, maka itu satu kesalahan yang merosakkan fatihah dan juga merosakkan sembahyang. Maka sembahyang tidak sah.

    Jika kesalahan tajwid itu tidak sampai merubah makna, itu satu kesalahan kecil tetapi tidaklah merosakkan sembahyang. Namun salah tetap salah, kenalah belajar untuk dapat menyempurnakan bacaan fatihah tersebut.

    ReplyDelete
  3. sy was2 la nk ikut imam yg baca hnya bunyi suara nafasnya shj terutama di waktu zohor dn asar. sahkah kadar bunyi yg mcm tu ustaz?

    soalan 2 : suara kita sering terputus2 ketika mbaca fthah terutama slps bangn drp tidur maksudnya bunyi nafas shj.adakah perlu ulang semula?

    ReplyDelete
  4. Jika was-was tak perlu ikut. TApi jika dia membaca perlahan, mungkin kita tak dengar, tapi didengar oleh dirinya sendiri, maka sahlah ikutan kita itu.

    Suara kita tak boleh terputus-putus antara dengar dan tidak dengar sewaktu membaca rukun Al-fatihah. Makanya hendaklah kita yakin bahawa suara kita itu memang bukan suara dalam hati, tetapi dilafazkan biarpun terlalu perlahan bunyinya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.