Friday, July 10, 2009

Wanita Haid Masuk Masjid

Soal:
Wanita haid, masuk ke dalam bangunan yang dijadikan masjid atau yang diiktiraf sebagai masjid, maka apakah hukumnya?

Jawab:

1. Maka dihukumkan haram bagi wanita haid (dan juga nifas) masuk ke dalam bangunan dinamakannya sebagai masjid atau diiktiraf sebagai masjid selama mana dia berhenti di dalamnya. Biarpun berhenti itu tidak lama, biarpun sekadar seketika. Ulamak fekah menetapkan maksud seketika itu ialah berhenti sekadar waktu tukmaninah atau waktu melafaz "subhanaAllah".

2. Tidak dihukumkan haram, tetapi makruh jua, bagi wanita haid (dan juga nifas) yang masuk ke dalam masjid tersebut, tetapi tidak berhenti di dalamnya. Iaitu sekadar lalu sahaja, dari satu pintu kepada pintu yang lain.

3. Namun, jikalau dibimbangi akan tercemarnya masjid atas kemungkinan akan keluarnya darah haid (atau nifas), maka jadi haram jua, tidak kira samada berhenti atau lalu sahaja.

(Rujukan: Bughyatul Tullab)

4 comments:

  1. jom singgah
    berkongsi ilmu memngenai msg yg pnah kta trima dahulu di
    http://anamukmin3.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. bagaimana hukumnya jika wanita haid diam di serambi masjid? bukan di dalam masjid?
    jazakumullah

    ReplyDelete
  3. Disebut serambi masjid atau rahbah masjid. Maka tercatat dalam kitab sabilal muhtadin, kitab tersohor rujukan penuntut ilmu fekah mazhab syafie, bahawa: Adapun rahbah masjid adalah seperti hukum masjid jua.

    Jelas pengertian ini, maka disifatkan serambi masjid adalah seperti masjid, atau termasuk dalam masjid. Oleh itu, haram bagi wanita haid diam dalam masjid.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.