Saturday, August 01, 2009

Adab Terhadap Al-Quran

Berikut adalah antara adab-adab dalam menyentuh atau membawa kitab Al-Quran:

Wajib, dengan ada wudhuk,

1. Menyentuh atau membawa kitab Al-Quran termasuk helaian kertasnya biarpun sudah terpisah daripada kitab tersebut.

2. Menyentuh atau membawa rehal yang dikhususkan untuk meletakkan kitab Al-Quran.

3. Menyentuh atau membawa, beg atau sarung yang ada Al-Quran di dalamnya, apabila beg atau sarung itu memang dikhususkan untuk mengisi kitab Al-Quran.

Tidak haram tanpa ada wudhuk,

1. Menyentuh atau membawa kitab Al-Quran yang huruf terjemahannya lebih banyak daripada huruf Al-Quran.

2. Menyentuh atau membawa, beg yang ada Al-Quran di dalamnya, apabila beg itu bukan dikhususkan untuk mengisi kitab Al-Quran. Jika dibawa beg itu, maka diniatkan membawa beg, bukan membawa Al-Quran.

9 comments:

  1. Saya ada seorg kawan yg suka meletakkan al-Quran terjemahan yang kecil tu di atas lantai dan saya pernah menegurnya akan adabnya itu walaupun saya tahu kitab itu hanyalah terjemahan tapi bagi saya kita kenalah hormat juga ayat-ayat al-Quran dalamnya. Tapi, dia kata ini bukanlah al-Quran. Ini hanyalah terjemahan. Al-Quran ialah content atau ayat itu sendiri tapi kitab ini hanyalah medium penyampaian sahaja..Katanya kalau kita nak pelihara al-Quran, kita kena hafal..bukan kitab itu yang kita simpan.. Dia juga mengaku tidak mengambil wuduk memegang al-Quran dan saya melihat dia menyimpan naskhah al-Quran dalam poket seluarnya.. Katanya itu tidak salah... Apa pandangan tuan Editor terhadap permasalahan ini?

    ReplyDelete
  2. Adab terhadab kitab itu lebih-lebih lagi Al-Quran ataupun kitab tafsir Al-Quran, maka tidak diletakkan di lantai sebegitu sahaja. Menghormati kitab itu bererti menghormati ilmu di dalamnya. InsyaAllah berkat beradab dengan kitab tersebut, maka ilmu mudah dihafal dan dihayati serta diamalkan. Lebih-lebih lagi Al-Quran malah adab terhadap kitab Al-Quran tidak boleh kita letakkan sesuatu barang atau kitab lain daripada Al-Quran diatasnya. Termasuk juga kitab tafsir, dilakukan sebegitu juga. Tinggal lagi, kitab tafsir tidak boleh diletakkan atas kitab Al-Quran. Al-Quran kena di atas kitab tersebut.

    Jelas, kawan anda tidak faham ilmu berkaitan dengan adab terhadap Al-Quran, terutama dalam hal menyentuh Al-Quran mengikut mazhab Syafie.

    ReplyDelete
  3. Salam.. saya ada sedikit kemusykilan.. bagaimanakah cara yang betul untuk menyimpan Al-Quran? adakah wajib disimpan di tempat yg tinggi?

    ReplyDelete
  4. Tidaklah menjadi wajib meletakkan di tempat tinggi, yang wajibnya ialah menghindarkan Al-Quran daripada dibiarkan di tempat yang kotor seperti longkang atau menjadi mainan anak-anak. Namun begitu, sunat memuliakan Al-Quran dengan meletakkan dia di tempat yang tinggi sesuai dengan ianya adalah kitabullah. Dan tidak seharusnya meletakkan apa-apa di atas kitab Al-Quran melainkan Al-Quran juga.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,

    saya tak pasal adab menyimpan alquran. sekarang ini, saya simpan alquran di dalam almari buku, di rak paling atas..boleh tak saya meletakkan barang2 lain di atas almari itu?apakha hukumnya

    terima kasih

    ReplyDelete
  6. Yang adabnya pada Al-Quran itu kita hormati dan muliakannya, maka syarat jangan diletakkan di atas Al-Quran itu apa-apa melainkan Quran juga. Jadi jika kita letak dalam almari itu al-quran, tidak mengapa di atasnya al-quran, tetapi jangan selainnya.

    ReplyDelete
  7. salam. minta saudara jelaskan dr mana sumber yg saudara dpt, mengatakan haram menyentuh al-quran tanpa wuduk tapi tidak haram bagi yg ada terjemahan?

    Dalam al-quran dijelaskan bahwa hanya org yang berjunub sahaja yg dilarang memegangnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agknye ini cuma adab je.tp lama klamaan org yg mgamlkn berwudu smasa mbc aq. krana ikutan.hingga tak tahu asalnye adab ini lalu mgatakn wajib.kot.?

      Delete
  8. Kita berpandukan pada ulamak2 dan kitab2 mereka yg sudah pastinya adalah huraian atau syarah daripada Quran dan hadis. Ada beza membaca dan menyentuh Quran. Membaca tidaklah diwajibkan berwudhuk. Tetapi menyentuh mushaf Quran itu diwajibkan dengan wudhuk yakni suci daripada hadas kecil. Jika hadas besar, maka ditunggu sehinggalah suci daripada hadas besar.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.