Monday, May 16, 2011

I'tidal yang perlu diketahui

I'tidal salah satu rukun daripada sembahyang. Ada beberapa perkara penting tentangnya yang perlu diketahui:

1. Bangkit daripada rukuk dengan berdiri tegak sambil membaca "samiAllahu liman hamidah", dibaca juga biarpun sebagai makmum.

2. Waktu berdiri tegak itu dibaca "rabbana lakalhamd" atau "rabbana walakalhamd".

3. Waktu berdiri tegak itu, sebelum bergerak untuk sujud, wajib ada tukmaninah iaitu berhenti gerakan anggota badan yang besar seperti tangan, kaki dan kepala sekadar waktu membaca "subhanaAllah".

4. Maksudnya di sini, perlu dipastikan anggota badan terutamanya tangan tidak berhayun atau bergerak sewaktu i'tidal.

5. Jikapun tangan terhayun atau tergerak, janganlah melebihi 2 gerakan. Jika melebihi 2 gerakan jadi batal solat. Sebelah tangan terhayun itu mewakili 1 gerakan. 2 belah tangan itu mewakili 2 gerakan.

6. Sewaktu i'tidal ini, kepala ditundukkan sambil mata memandang ke tempat sujud.

7. Bagi makmum, waktu bangkit daripada rukuk untuk melakukan i'tidal ialah setelah sempurna berdiri tegak imamnya. Cara mudah untuk mengetahuinya ialah dengan mendengar imam selesai sempurna membaca "samiAllahu liman hamidah".

2 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian..kadang2 rukun yang nampak mudah nih selalu terlepas pandang...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..Akhi Al-Fadhil.

    InsyaAllah boleh ditambah dalam tajuk ini. I'tidal bagi solat dalam keadaan mengiring atau berbaring adalah dengan isyarat kepala, manakala I'tidal bagi pesakit yang solat dengan menggunakan isyarat mata adalah dengan mata begitu juga I'tidal bagi pesakit yang solat menggunakan hati adalah dengan hati.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.