Monday, July 11, 2011

Soal Jawab Agama

InsyaAllah, sebarang kemusykilan agama berkaitan fekah ibadah akan diusahakan jawab:

1. Melalui blog ini ruangan comment / shoutbox

2. Melalui twitter @muhdfadhil313

3. Melalui email mohdfazel@yahoo.com

9 comments:

  1. Assalamualaikum. Akhi nak tanya sikit. Kenapa segelintir org yg mendalami ilmu tassawuf nie, seperti mereka tidak mementingkan solat. Bagi mereka ilmu yg ada pada mereka sudah cukup tinggi untuk tidak solat. Sebahagian yg saya jumpa la. Mohon dijawab kekusutan ini. Syukran :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orng yg mendalami tasauf itu makin kuat sembhyng,jd,yg x sembhyng itu,mereka x mendalami tasuf sbnrny,krn bnyk ajaran yg sbnrny bukan tasauf ttp didakwa sbg tasauf..

      Delete
  2. Assalaamualaikum ustad, nak tanya pasal kurban? Saya nak kurban 1 kambing, boleh tak saya niatkan kurban 1 kambing ini untuk diri saya, keluarga saya, dan juga orang tua saya yang telah kembali ke rahmatullah?

    ReplyDelete
  3. Solat itu wajib malah di dalam hadis ianya yang mula-mula diperiksa di Akhirat nanti.

    ReplyDelete
  4. Ttg kambing korban, hanya boleh niat utk seorang sahaja bagi seekor kambing. Berbeza dgn lembu, boleh bahagi kpd 7 bahagian.

    ReplyDelete
  5. Assalaamualaikum ustad. Yang saya pelajari bahwa kita mesti ada wudhu apabila hendak menyentuh al quran. Dalam buku Iqra yang biasa digunakan untuk mengajar anak2 membaca al quran juga ada termuat surah2 pendek dari al quran. Apakah kita mesti ada wudhu juga bila kita memegang buku Iqra ini semasa mengajar anak2? Jazakallahu khair,

    ReplyDelete
  6. Perlu diperhatikan di sini Iqra 1-3 itu banyaknya bukan ayat Al-Quran tapi lebih kepada huruf dan perkataan pendek sebagai tujuan pembelajaran. Iqra 4-6 itulah yang sebenarnya ada ayat-ayat Al-Quran. Jika banyak ayat2 Al-Quran dalam buku Iqra melebihi daripada huruk atau perkataan yang pendek tersebut, maka wajib wudhuk bila membawa dan menyentuhnya. Tamsilannya seperti kitab tafsir. Bagi anak2 yang belajar Al-Quran, maka dimaafkan daripada berwudhuk bila membawa atau menyentuhnya atas kesukarannya.Termasuk juga guru atas satu pendapat sepertimana dikemukakan di bawah.

    Rujukan Fatwa Mufti Brunei:
    Menurut fatwa Ibn Hajar, guru kanak-kanak itu juga dimaafkan terutama bagi mereka yang tidak berupaya terus-menerus dalam keadaan suci (berwuduk) untuk menyentuh papan tulis yang ada padanya ayat Al-Quran, kerana berwuduk itu mungkin susah dilakukan. Akan tetapi seeloknya ia bertayamum kerana tayamum itu lebih mudah. Walau bagaimanapun bagi guru yang tidak mempunyai masyaqqah (susah) adalah wajib berwuduk ketika menyentuh dan menanggung Al-Quran. (I’anah Al-Thalibin: 1.82-83).

    ReplyDelete
  7. Assalaamualaikum ustad, pada masa tahun baru cina biasa nya banyak di jual di supermarket, limau2 manis dalam box, setiap limau manis di bungkus plastic yang di plastic tersebut tertera ucapan dalam bahasa mandarin yang kurang lebih maknanya 'semoga beruntung'atau ucapan yang kurang lebih sama, bagaimana pandangan ustad tentang kita yang muslim membeli dan memakan limau2 ini? Jazakallahu khair

    ReplyDelete
  8. Waalaikumussalam.

    Tiada masalah memakan limau-limau tersebut selagi kita tidak berniat untuk seperti meraikan perayaan mreka atau mahu mengikuti cara hidup perayaan mereka.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.