Saturday, January 13, 2007

Masalah Wudhuk dan Mandi wajib

Sunat kepada wudhuk sebelum memulakan mandi wajib. Diniatkan sunat wudhuk jika tiada menanggung hadas kecil, sebaliknya diniatkan menghilangkan hadas kecil jika ada hadas berlaku. Selepas mandi, tidak perlu kepada wudhuk lagi kerana sebelum mandi kita sudahpun berwuduk. Namun, dalam proses mandi wajib itu tidak boleh berlaku sesuatu yang membatalkan wudhuk.

Timbul persoalan bagaimana keadaan jika tidak berwudhuk sebelum atau sesudahnya, maka menurut Imam Syafie dalam kitabnya Al-Umm, memadailah dengan mandi wajib tadi untuk membolehkan solat. Sebab mandi wajib itu sudah dikira terangkum wudhuk di dalamnya dengan syarat tidaklah ada perkara yang membatalkan wudhuk dilakukan semasa mandi wajib itu. Jika berlaku, teruskan mandi tetapi kenalah berwudhuk untuk melakukan solat.

29 comments:

  1. salam.ustaz...ada x kemaafan jika terkena cat atau gam walaupun setitik yg kecil?dan perlukah mengulangi solat jika baru tersedar ada sesuatu yg menghalangi wudhuk jika sudah habis waktu solat itu?tq

    ReplyDelete
  2. Ia termasuk dlm syarat sah wudhuk iaitu tiada halangan air sampai pada kulit, bhagian yg diwajibkan sampai airnya. Maka, tiada maaf walau sedikit didapati gam atau cat pada kulit bahgian yg diwajibkan wudhuk. Jk selesai solat mendapati sedemikian dan yakin ia berlaku sebelum berwudhuk lg, kena ulangi wudhuk dn solat.

    ReplyDelete
  3. bagaimana dgn kulit yg mengelupas atau mengelembung yg biasa terjadi di tapak tangan kita itu ketika terkena air, adakah kita perlu mengoyakkannya juga untuk meratakan air?tq.

    ReplyDelete
  4. Cukup dengan meratakan air sedaya yang mampu, tidaklah perlu dikoyakkan kulit itu kerana itu sudah menyakitkan diri.

    ReplyDelete
  5. bagaimana dgn duri yg tertusuk ustaz?sy ada mbaca sebuah buku yg mgatakan mesti mcabut duri itu utk meratakan air.itu lg susah drp mslh di ats.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum.blh x terus mandi wajib tanpa menunggu sampai kering jika keluar mani,atau terus kencing utk mbersihknnya?adakah sama hukumnya mcm kaum perempun yg perlu menunggu darahnya shgga kering?

    ReplyDelete
  7. Sabilal Muhtadin: Jika tangannya tercucuk duri umpamanya wajib membasuh tempat duri
    yang tidak masuk kedalam batin daging, dan wajib menghilangkannya kerana ia menegah sampai air kepada tempatnya, kerana jika tidak dibasuhnya nescaya tidaklah sah wudhuknya dan sembahyangnya.

    ReplyDelete
  8. Hukum mandi wajib setelah keluar mani, maka ada tersebut dalam kitab agar dibersihkan dalamnya. Cara yang terbaik adalah menerusi kencing. TApi taklah sampai perlu menunggu kering air mani itu sebagaimana hukum haid yang perlu ditunggu sehingga kering. Selesai keluar mani, maka boleh disegerakan mandi jika sudah hampir masuk waktu sembahyang.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum ustaz
    ketika baru selesai mandi wajib, baru tersedar belum meratakan ait di kaki, adakah perlu mengulangi mandi wajib dari mula, atau memadai meratakan air ke kaki sahaja

    ReplyDelete
  10. Waalaikumussalam
    tiada masalah untuk menyambung kembali mandi iaitu terus sahaja meratakan air di kaki dan selesailah mandi tersebut. Dengan syarat anda belum lagi memutuskan niat atau memalingkan niat mandi wajib seawal tadi.

    ReplyDelete
  11. As salam ustaz.. selepas beberapa jam mandi wajib dan bersolat, saya baru perasan ada bekas gam yang sudah kering(gam kertas) terlekat di kulit jari saya.adakah terbatal mandi wajib dan solat tersebut?

    ReplyDelete
  12. salam
    Bila anda menyatakan beberapa jam, menunjukkan selang masa yg panjang antara selepas mandi wajib dan keadaan anda mendapati terdapat bekas gam di kulit jari. Makanya, kaedeah penyelesaian seperti berikut:

    1. Sekiranya anda benar yakin, ia berlaku sebelum mandi, maka anda wajib ulangi mandi kerana mandi sebelumnya tidak sah.

    2. Sekira anda hanya syak ia berlaku sebelum mandi, maka anda tidak wajib ulangi mandi kerana boleh jadi ianya datang selepas daripada mandi. Juga syak itu tidak boleh menghilangkan yakin selepas mandi dn bbrapa jam selepas itu.

    ReplyDelete
  13. Ustaz , kalau selepas saya mandi wajib saya terlihat ada bintik hitam di tapak kaki saya ,bintik itu terlalu kecil is seperti berada di alur2 tapak kaki, perlu ulang mandi ?

    ReplyDelete
  14. Tentang soalan selepas mandi wajib terlihat ada bintik hitam di tapak kaki, bintik itu terlalu kecil seperti berada di alur2 tapak kaki, apakah perlu ulang mandi ?

    Sebelum dijawab, kena dipastikan apakah bintik itu. Kenapa disebut bintik, tak disebut bahannya seperti cat atau kotoran yang melekat.

    Secaranya umumnya diperhatikan spt ini:
    1. Apakah bintik itu memang mendatang, atau asalnya ia bintik pada kulit. Jika memang bintik di kulit, tiada masalah.

    2. Jika bintik itu mendatang, apakah ia memang ada sewaktu mandi atau setelah lama kita mandi? Sebab setelah lama mandi, mungkin kita memijak karpet atau lantai, dan ia melekat pada tapak kaki kita.

    3. Jika berlaku sewaktu mandi, sudah pasti ianya kalis air atau jd penghalang air. Maka wajiblah diulang mandi wajib kita itu setelah dihilangkan bintik mendatang itu.

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  15. Salam ustaz. Berkenaan dengan memutuskan niat mandi wajib/memalingkan niat, bagaimana sebnarnya maksud memutuskan niat? Saya pernah was was seakan2 ada bahagian yg tak kena air, jadi saya cuma basahkan tmpt itu shj. Maka sah atau tidak ye?

    ReplyDelete
  16. Salam.
    Memutuskan niat itu bila berniat utk tidak lagi mandi wajib atau menghentikan terus mandi tersebut. Sekiranya saudara sudah selesai mandi, dan kebetulan ada bahagian yang saudara was-was tidak kena airnya, maka cukup dengan menjirus air ke bahagian badan tersebut.

    ReplyDelete
  17. Begini, pada permulaan mandi, sy ratakan air di kepala & yakin semua bahagian di kepala telah rata airmya. Kemudian sy teruskan kpd badan & terus kebawah. Setelah selesai ratakan air di bhgian terakhir, sy berkata/berniat/berfikir bahawa sy tak perlu mandi lagi jika dtg rasa waswas krn sy yakin mandian sy sah. Tapi, terus sy rasa mcm was was di kepala ade yg tak kena air & sy masih lagi di bawah shower ketika itu. Sy terus basuh kembali kepala & akhirnya settle. Tapi adakah sah? Krn sy dah mcm berniat sy tak payah mandi lagi kerana yakin rata. Tapi sy basahkan kembali kepala. Cane ye? Plis sy konfius.

    ReplyDelete
  18. Tidak ada apa-apa masalah di situ, dan mandi wajib itu sah, insyaAllah.

    ReplyDelete
  19. As salam. Saya ingin bertanya.. bagaimana pula jika dijari atau anggota badan lain terkena gam gajah dan ia sukar dihilangkan. Adakah sah mandi wajib serta solatnya? Mohon pencerahan.

    ReplyDelete
  20. salam kpd yg bertanya
    Saya tdk pasti apakah gam gajah itu tdk boleh dihilangkan langsung. Pengalaman kpd yg terkena gam trsbt sbl ini, ianya boleh dihilangkan dgn thinner atau seumpamanya. Jadi usahakanlah utk menghilangkannya. Jk sdh tdk jg dpt hilang, ianya menjadi masyaqqah (kesukaran), maka dgn kesukaran trsbt, moga2 Allah ampunkan dosa2 kita dan menerima ibadah kita dlm keadaan tdk sempurna pengamalannya. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  21. As-Salam Ustaz,

    Sekiranya kita mandi wajib kita rasa kita dah meratakan air dikesuluruhan anggota timbul pulak rasa was-was samada saya telah meratakan air ditapak kaki saya atau tidak. Was-was ini terjadi ketika sy nak ambik wudhu setelah selesai mandi wajib.

    Persoalan saya, kalau betul lah sy terlupa, adakah air dilantai itu sudah dikira meratakan air ditapak kaki? sebab sy guna shower.

    Sy berasa tidak tenteram dengan was-was ini. Perlukah sy mandi wajib semula?

    ReplyDelete
  22. salam.
    Ada beza was-was meratakan air di tapak kaki dengan was-was membasuh tapak kaki. Syarat dalam mandi wajib itu ialah mandi keseluruhan badan termasuk tapak kaki. Jika selesai mandi, yakin sudah basuh tapak kaki tapi was-was samada sudah rata atau belum, maka was-was itu bolehlah ditinggalkan. Tdk mempengaruhi sahnya mandi wajib tadi. Namun jika was-was tadi berlaku kerana belum basuh tapak kaki, boleh sahaja selepas mandi tadi, kembali membasuh kaki. Maka sempurnalah mandi wajib tersebut. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum ustaz

    Dahi sy ada tergesek pada karpet dan terhasil warna hitam akibat drpd gesekan itu.. Sy perasan apabila selesai mandi wajib.. Tetapi sy tidak tahu sama ada itu kulit ataupun darah yg sudah kering..

    Perlukah sy ulangi semula mandi wajib? Dan jika itu kulit, perlukah saya mencabut kulit itu sdngkan mudah utk mencabutnya kerana sy hanya menggosokkan shj di tempat itu ketika mandi wajib

    ReplyDelete
  24. Waalaikumussalam

    Bagi yang bertanya ttg dahi yg terhasil padanya warna hitam dan baru perasan selesai mandi wajib. Jika baru perasan seketika itu, selesai drp mandi wajib, maka boleh kembali teruskan mandi wajib dan membersihkannya dan mengalirkan air pada bahagian tersebut. Jika kulit yang mengelupas atau sekadar dakwat biasa, itu tidak menghalang air sampai pada kulit. Kecuali cat ataupun darah, maka perlulah dibersihkan terlebih dahulu sebelum dialirkan air. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum ustaz, saya ada terbaca jawapan ustaz mengenai kulit yang mengelupas sebelum mandi, namun sekiranya kulit itu mengelupas setelah saya mengambil wudhu, adakah saya perlu ulang wudhu saya?

    ReplyDelete
  26. Waalaikumussalam..

    Tidak apa yang perlu dibimbangkan kerana kulit itu mengelupas setelah wudhuk, tidak perlu diulangi wudhuk tersebut.

    ReplyDelete
  27. Ustaz, ada bintik2 hitam yang susah nk hilangkan lekat kat jari2 dan sekitar kuku saya.. saya dah cuba hilangkan, tapi perlu ambil mase yang lame.. lepas lebih kurang 10 minit saye cuba hilangkan, saye abaikan je lebihan bintik2 hitam yg ada and then terus berwuduk dan solat.. dah x solat saye?

    ReplyDelete
  28. Salam ustaz
    Selepas saye mandi wajib saye mendapati ada kulit menggelupas di tapak kakai saye adekah sah mandi wajib saye

    ReplyDelete
  29. Jawapan:

    1. Ttg bintik2 hitam yang melekat di jari, sepatutnya kita usahakan utk menghilangkan. Jadi perlu dikenalpastik bentuk apakah bintik2 hitam itu. Jika ianya cat, dihilangkan dgn menggunakan sesuatu yg boleh menghilangkan cat spt thinner @ yg seumpama dgnnya. Jika ia gris, boleh jg guna sabun. Jika betul penggunaannya & sdh habis upaya menghilangkannya, maka dimaafkan jika masih kekal lg bintik2 itu. Moga Allah ampunkan kita dan terima ibadah kita. Wallahua'lam

    2. Ttg mandi wajib, dan didapati kulit menggelupas, maka sdh pasti kita tahu ianya sewaktu mandi lagi. Kerana kita tdk boleh mandi begitu sahaja, melainkan sgt dituntut menggosok2 badan kita termasuk tapak kaki kita. Jadinya, yang mengelupas tadi, jika sudah digosok, nescaya air masuk di bawah kulit yang terkelupas itu. Kalaulah mengelupas itu slps mandi, maka ianya tdk mempengaruhi dan sah mandi kita.
    Wallahua'lam.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.