Saturday, August 04, 2007

Puasa Sunat di Bulan Haram

Sabda Nabi s.a.w.:
“Sebaik-baik puasa selepas bulan Ramadhan ialah bulan Muharam.”
(Muslim)

Keterangan:

Bulan Muharam termasuk dalam bulan Haram yang juga telah disebutkan dalam kitab fekah sebagai bulan-bulan yang menjadi keutamaan untuk kita berpuasa sunat selepas puasa yang difardhukan iaitu puasa Ramadhan. Bulan-bulan haram itu ialah bulan Muharam, Rejab, Zulhijjah dan Zulkaedah. Di dalam riwayat yang lain, Rasulullah menyatakan: Sehari berpuasa di bulan-bulan haram itu terlebih utama daripada 30 hari berpuasa di bulan selainnya.

Jika mahu memilih keutamaan, daripada hari-hari di bulan tersebut, maka pilihlah berpuasa pada setiap hari Isnin dan hari Khamis. Rasulullah menyatakan kesukaannya berpuasa pada hari-hari tersebut kerana ianya adalah hari di mana amalan dinaikkan oleh Malaikat kepada Tuhan. Dilarang oleh Rasulullah berpuasa pada hari Jumaat sahaja atau hari Sabtu sahaja kecuali dikampilkan dengan hari yang sebelumnya atau sesudahnya. Contoh, hari Khamis dan Jumaat. Atau hari Jumaat dan Sabtu.

Juga, jika kita mahu memilih keutamaan, maka berpuasalah pada 10 hari yang pertama daripada bulan-bulan tersebut. Namun, dikecualikan berpuasa pada hari ke-10 bulan Zulhijjah kerana bertepatan dengan Aidil Adha. Hari Aidil Adha adalah hari yang diharamkan kita berpuasa. Termasuk yang diharamkan ialah hari tasyrik iaitu 11, 12 & 13 Zulhijjah. Pada bulan-bulan lain daripada bulan haram, ada juga hari yang diharamkan berpuasa seperti hari Aidil Fitri iaitu 10 Syawal dan hari syak iaitu 30 Syaaban. Pendapat ulamak yang boleh dipegang tidak membenarkan juga puasa pada selepas separuh akhir bulan Syaaban bermula 16 Syaaban hingga ke akhirnya. Hanya sanya, dikecualikan kepada orang-orang yang sudah bermula puasa di bulan Syaaban itu sejak hari pertama Syaaban.

Ada pengkhususan hari pada bulan-bulan haram ini yang menjadi keutamaan berpuasa sepertimana disebutkan oleh Rasulullah. Dalam hadis, dikatakan berpuasa pada hari Asyura iaitu 10 Muharam itu menghapuskan dosa setahun yang lalu. Berpuasa pada hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah menghapuskan dosa 2 tahun iaitu tahun lalu dan tahun yang akan datang.

Walaupun bulan Syawal tidak termasuk dalam bulan haram, tetapi keutamaan tetap ada bagi orang yang berpuasa di bulan Syawal. Dikatakan oleh Rasulullah orang yang berpuasa fardhu di bulan Ramadhan, kemudian diiringi dengan 6 hari puasa sunat di bulan Syawal, maka orang tersebut mendapat pahala puasa setahun penuh.

2 comments:

  1. Tercatat dalam kitab Hidayatus Salikin, hadis-hadis mengenai bulan haram ini seperti berikut:

    1. Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Muharam

    2. Sehari puasa di bulan Haram terlebih baik daripada 30 hari puasa di bulan lainnya dan sehari puasa di bulan Ramadhan terlebih baik daripada 30 hari puasa di bulan haram.

    3. Barangsiapa puasa 3 hari di bulan haram iaitu Khamis, Jumaat dan Sabtu maka seharinya itu menyamai ibadah 700 tahun.

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.