Wednesday, September 26, 2007

Solat Sunat Witir

Bertanya anda tentang solat witir. Maka dijawab: Solat witir itu sunat muakkad , dilakukan 1 atau 3 atau 5 rakaat dan terbanyaknya 11 rakaat. Dibuat 2 rakaat, 2 rakaat dengan 1 salam dan diakhiri dengan 1 rakaat. Yang terpilih dan dikira memenuhi tuntutan witir itu adalah dengan 3 rakaat berserta 2 salam. Dibuat selepas solat fardhu Isyak dan diselesaikan sebelum masuk waktu fardhu Subuh.

Bagaimana jika belum lagi solat Isyak waktu masuk Isyak dan berkehendakkan solat witir?
Maka tiadalah dibolehkan sedemikian, harus sahaja menyelesaikan solat Isyak dahulu.

Bagaimana jika kesempitan waktu dan disempurnakan 1 rakaat sahaja?
Jika dilakukan di akhir malam, menjelang subuh, dan mendapat waktu sekadar 1 rakaat sahaja, maka dilakukan 1 rakaat itu. Itu sudah memadai kerana kesempitan waktu. Namun, dikira menyalahi yang utama jika waktu masih lapang dan sekadar melakukan 1 rakaat.

Bagaimana waktu terbaiknya, adakah sebelum tidur atau selepas daripada tidur?
Jika dikhuatiri tidak dapat bangun di malam hari kerana keletihan, uzur atau seumpamanya, maka dilakukan sebelum tidur selepas solat fardhu Isyak. Sebaiknya adalah tidur dahulu dan dilakukan solat witir ini sebagai penutup segala solat sunat di malam hari. Telah diterangkan hadis, bahawa orang yang tidur dengan niat bangun mengerjakan solat di malam hari, kemudian tidak terbangun tanpa disengajakan, maka dikira sebagai dia tetap mendapat pahala solat malam tersebut.

Bagaimana jika disolatkan juga witir itu sebelum tidur, kemudian direzekikan bangun di malam hari, apakah witir itu memadai?
Bangunnya itu dengan dilakukan solat sunat tahajud seperti biasa. Memadai witir sebelum tidur tadi dan tidak perlu diulang semula. Hadis menerangkan bahawa tiada 2 witir dalam 1 malam.

Bolehkah dilakukan solat witir secara berjemaah?
Dilakukan solat witir itu secara sendiri-sendiri. Dalam bulan Ramadhan sebagai contoh, maka dilakukan solat terawih 8 rakaat berjemaah atau boleh sahaja meneruskan 20 rakaat berjemaah di masjid jika berkeupayaan. Berhenti setakat itu dan tidak digalakkan melakukan witir itu secara berjemaah sepertimana kebiasaan dilakukan di masjid atau surau kita. Solat witir dilakukan pada waktu sahur nanti sehabis solat sunat tahajud atau solat terawih yang berbaki jika belum dicukupkan 20 rakaat.

Apakah bacaan untuk solat witir itu?
Jika dilakukan 3 rakaat, maka bacaan surah selepas Fatihah, pada solat pertama yang 2 rakaat itu, rakaat pertamanya adalah surah Al-A’la (Sabihismarabikkalazi) dan rakaat keduanya adalah Surah Al-Kafirun (Qulya ayyuhal kafirun untuk rakaat kedua). Untuk solat kedua yang 1 rakaat, dibaca selepas Fatihah, bermula dengan Al-Ikhlas (Qulhuwallah), diikuti dengan Al-Falaq (Qulauzubirabbilfalaq) dan An-Nas (Qulauzubirabbinnas).

Apakah dalam witir itu boleh dilakukan qunut sepanjang masa?
Dianjurkan qunut itu adalah pada solat witir yang akhirnya 1 rakaat. Bagi Mazhab Syafie, dilakukan pada separuh akhir bulan Ramadhan. Pandangan mazhab lain pula ada yang membenarkan qunut tersebut dilakukan pada tiap-tiap malam.

11 comments:

  1. untuk salat withir, saya tidak menghafal surah al-ala untuk dibaca selepas membaca al-fatihah pada rakaat yang pertama, bolehkah saya menggantikannya dengan surah yang lain?reric

    ReplyDelete
  2. Sunat membaca surah selepas Al-fatihah,apa sahaja surah. Tetapi keutamaannya membaca surah Al-A'la.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.say a ingin sekali nak solat witir tetapi lafaz niat solat witir 1,2,3 rakaat dan bagaimana dengan tahyat kedua dan tahyat akhir boleh tak di terangkan satu persatu,banyak blog atau web saya baca semua menerangkan fazilat witir tetapi tiada yang menerang kan kalau boleh divideokan/imeg misalnya kalau 1 rakaat/dua rakaat atau 3 rakaat.saya terbaca buat dua rakaat disusuli 1 rakaat bagaimana

    ReplyDelete
  4. bagaimana lafaz niat untuk 1 rakaat begitu juga untuk 2 rakaat dan seterusnya untuk 3 rakaat(kalau 3 rakaat ada tahyat awal tak)

    ReplyDelete
  5. Seperti kita sedia maklum, yang aula atau yang utama solat sunat witir itu dilakukan 3 rakaat dengan 2 salam. Maksudnya mula-mula 2 rakaat, kemudian 1 rakaat pula.

    Tentang lafaz niat itu boleh dirujuk pada mana-mana buku. Jika kesukaran boleh lafaz dalam bahasa melayu sahaja, kerana lafaz niat itu adalah untuk membantu niat di dalam hati. Yang wajibnya itu adalah dalam hati. Ringkasnya seperti berikut utk 2 rakaat: Sahaja aku solat sunat witir 1 rakaat kerana Allah.

    ReplyDelete
  6. adakah SAH solat sunat witir 3 rakaat dgn satu salam (tanpa tahiyatul awal) ?

    kerana Nabi S.A.W turut melakukannya. malah ada keadaan dgn 5/7/9 rakaat trus dgn satu salam..

    mohon pencerahan?

    tq

    ReplyDelete
  7. Dibolehkan, sah, solat witir 3 rakaat satu salam, dengan syarat tidak melakukan tahiyat awal. Apapun sebaiknya buatlah 2 rakaat 1 salam. dan ditambah serakaat lagi bg menjadikannya 3 rakaat.

    ReplyDelete
  8. as salam
    bagaimana sekiranya dilakukan witir dengan tiga rakaat dan satu salam?

    ReplyDelete
  9. soalan ini sudah dijawab sebelum ini. Ya, boleh sahaja lakukan witir 3 rakaat terus dgn 1 salam. Tetapi yang lebih baik ialah 3 rakaat dgn 2 salam (2+1).

    ReplyDelete
  10. Salam tuan, apakah hukum melakukan tasyhud awal jika solat witir 3 rakaat dgn 1 salam disebabkan jahil.

    ReplyDelete
  11. salam kpd Aku hambaMu ya Allah..

    Alhamdulillah, saudara sudah mendapat kesedaran, dan terima kasih kepada Allah atas panduan yang diberi. Moga-moga Allah maafkan atas kejahilan yang berlaku dan Allah terima ibadah solat witir sebelumnya Moga selepas ini solat witir dilakukan dengan 3 rakaat dengan 2 salam.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.