Tuesday, October 23, 2007

Memberhentikan puasa di siang hari

Untuk pengetahuan, niat puasa qadha atau nazar itu adalah sama seperti puasa fardhu Ramadhan, kenalah dilakukan pada malam hari sebelum terbit fajar subuh. Berbeza dengan puasa sunat, boleh dilakukan sebelum gelincir matahari (masuk waktu zohor) dengan syarat belum melakukan sebarang perkara yang membatalkan puasa.

Ini panduan kepada mereka yang sudah berniat puasa kemudian memberhentikan puasanya di siang hari:

1. Jika puasa qadha atau puasa nazar, maka haram memberhentikan puasa tanpa uzur. Tidak wajib kepada imsak (menahan diri) pada hari itu.

2. Jika puasa sunat, maka makruh memberhentikan puasa tanpa uzur. Tidak makruh jika uzur seperti sakit atau ada keperluan seperti meraikan tetamu.

1 comment:

  1. Bagi orang yang berpuasa fardhu Ramadhan, wajib imsak atau menahan diri seperti orang berpuasa bagi mereka yang terlupa niat, sengaja berbuka atau merosakkan puasanya tanpa uzur. Namun diwajibkan qadha bagi mereka selepas bulan Ramadhan.
    Berbeza bagi orang yang berbuka kerana uzur, tidak wajib imsak, hanya sunat sahaja. Seorang yang sudah kering darah haidnya atau nifasnya pada siang hari berpuasa, maka disunatkan untuk imsak yakni menahan diri seperti berpuasa.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.