Tuesday, October 30, 2007

Meninggalkan solat fardhu

Bagi orang yang meninggalkan solat fardhu dengan sengaja yakni tanpa uzur maka baginya:

1. Wajib bertaubat dan berazam untuk mengqadha solat tersebut.

2. Wajib menyegerakan qadha solat fardhu yang tertinggal.

3. Haram mengerjakan solat sunat selagi tidak selesai mengqadha solat fardhunya yang tertinggal.

Bagi orang yang meninggalkan solat fardhu dengan tidak sengaja atas alasan uzur syarie maka baginya:

1. Berazam untuk mengqadha solat tersebut

2. Sunat menyegerakan qadha solat fardhu yang tertinggal

3. Tidak mengapa dia mengerjakan solat sunat biarpun dia belum selesai mengqadha solat fardhunya. Yang terlebih baik dia mengutamakan qadha solat fardhunya yang tertinggal.

2 comments:

  1. saya dah berumur hampir 30. baru skrg mula solat.wajibkah saya qada' solat yg tlah saya tinggalkan sejak usia 15 tahun? adakah dosa2 tersebut hapus setelah melahirkan anak?

    ReplyDelete
  2. Mula-mula hendaklah diketahui bahawa apakah anda meninggalkan solat itu dengan sengaja atau tidak. Bila sudah bertahun itu, maknya meninggalkan solat itu dengan sengaja. Pertama yang perlu anda lakukan ialah bertaubat bersunguh-sungguh. Minta ampun dengan Tuhan. Moga-moga Tuhan ampunkan dosa yang berat ini iaitu meninggalkan solat fardhu. Keduanya, anda hendaklah mengqadha solat sepanjang yang anda tinggalkan. Tinggalkan segala solat sunat dan dahulukan yang qadha. Buatlah apa yang termampu dahulu. Paling kurang, setiap kali lepas solat fardhu diqadhakan satu solat pada waktu itu.

    Yang dikatakan dosa-dosa terhapus semasa melahirkan anak itu hanyalah dosa-dosa kecil, bukan dosa meninggalkan solat dengan senjaga.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.