Saturday, March 01, 2008

Kedudukan Imam Selepas Salam

Imam selesai daripada solat, memberi salam dan menyapu daripada atas kepala ke wajahnya dengan tapak tangan. Kemudian, hendaklah memusingkan badannya ke kanan sekira-kira sisi kanannya itu menghadap makmum dan sisi kirinya itu menghadap kiblat. Hingga tampak jelas seluruh pipi kanannya itu pada pandangan makmum. Berbeza pandangan Imam Ghazali yang menyatakan imam itu hendaklah selesai salam, berhadapan betul-betul dengan makmum. Dikekalkan kedudukan tersebut sehingga selesai berzikir dan doa. Biarpun ada yang berpendapat lain, iaitu bila berdoa hendaklah imam itu kembali menghadap ke kiblat.

3 comments:

  1. Ada pendapat mengatakan bahawa para sahabat menoleh ke kanan selepas salam sbg mengambil berkat hadith Rasulullah bahawa Islam akan bangkit daripada timur (arah kanan). Wallahu a'lam

    ReplyDelete
  2. Tambahan tentang memberi salam dalam solat:
    http://fekah.blogspot.com/search?q=memberi+salam+mengakhiri+solat

    ReplyDelete
  3. Jikalau sahabat di Mekah, dan kiblat solat adalah masjidil Aqsa, maka benarlah kanan itu timur.

    Jika sahabat di Madinah, dan kiblat solat di Kaabah, maka kanannya adalah sebelah Barat.

    Wallahualam.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.