Tuesday, March 11, 2008

Bacaan Wajib Didengar Sendiri

Inilah bacaan di dalam solat yang wajib dibaca dan didengari oleh diri kita sendiri, membawa erti ia tidak sah jika sekadar membacanya di dalam hati, iaitu:

1. Takbiratul ihram

2. Al-Fatihah termasuk Bismillah.

3. Tahiyyat Akhir termasuk selawat nabi

4. Salam yang pertama

Yang lain-lain seperti, doa iftitah, bacaan surah, takbir perpindahan rukun dan tahiyat awal, adalah sunat didengari oleh diri sendiri, dan tidaklah wajib.

19 comments:

  1. Salam,

    Bermaksud, dilafazkan? Jika solat berjemaah, volume lafaz hingga tidak mengganggu jemaah bersebelahan?

    Tks

    ReplyDelete
  2. Ia perlu dilafazkan sehingga boleh didengar diri sendiri tapi tidaklah sampai menganggu orang sebelah jika kita solat berjemaah. Kecuali khusus kepada imam solat jahar, maka bacaannya dikeraskan melebihi daripada didengar oleh dirinya sendiri.

    ReplyDelete
  3. kalau ada org sembahyang di sebelah kita dan kita baca quran kuat2 hingga ganggu dia pun jatuh hukum berdosa. perkara ni byk berlaku di masjid2 tp xde org nak tegur..

    ReplyDelete
  4. Imam Nawawi hanya menyatakan sebagai makruh membaca quran dengan kuat di dalam masjid sewaktu orang sedang solat.

    Dalam Fathul Muin, ada perkataan ulamak yang menyebut hukumnya haram.

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  5. salam.ustaz,sy pernah dengar ada seorang ustaz mengatakan jika membaca seperti membisik pun tidak tidak blh juga di dalam smbhyg kerana tidak menepati makhraj seperti hanya keluar suara nafas shj tanpa mengeluarkan sedikit bunyi suaranya.jd di sini apakah humkumnya yg sebenar dan apakah hukum jika kita mengikut imam yg melakukan perkara di atas.

    ReplyDelete
  6. Kena bersuara, berlafaz sehingga kita betul dengar suara kita sendiri. Jd dlm hal ini sudah pasti kita dapat menjaga makhrajnya.Namun di tempat yg dituntut utk baca perlahan, kenalah bersuara perlahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salaam. Ustaz, saya nk kepastian betul2.
      1. Kalau baca seperti berbisik, kita masih boleh dengar, sah tak solat?
      2. Kalau bile kita baca perlahan, didengari oleh orang sebelah, makruh ke?
      Sbb masalahnya ialah bila baca perlahan, jemaah lain terdengar dan rs terganggu, bile berbisik, tak sah pula. Jadi saya keliru dan merasakan susah dan berat.
      Mintak tolong ye ustaz.

      Delete
  7. jadi membaca hanya bunyi nafas yg keluar shj tidak sah juga lah ye?apa hukumnya mengikut imam yg membaca tidak menepati syarat itu?boleh ke?

    ReplyDelete
  8. Wajib mufaraqah seketika itu juga jk diketahu imam tak sah solatnya, contoh dalam kes ini.Batal solat ikut imam yg batal.

    ReplyDelete
  9. bercakap mengenai mufarakah ini,maaf ustaz terkeluar tajuk sikit..hehe..sya ada dengar jika mengikut imam yg tidak memacakkan jari2 kakinya kita kena bermufarakah tetapi soalan saya bagaimana pula jika kita tidak merapatkan tapak tangan atau jari2 ke lantai.adakah hukumnya tidak sah juga ustaz,dan adakah kita patut bermufarakah juga ke jika mngikut imam yg berbuat demikian?

    ReplyDelete
  10. Benar, jika kita nampak dalam sujud, imam tidak menegakkan anak jari kakinya, maksudnya perut jari kaki itu mestilah sedaya upaya ditegakkan; maka kita mufaraqah seketika itu juga.

    Tentang merapatkan atau meletakkan tapak tangan ke lantai, maka dalam kitab di sebut satu suku atau sebahagian sahaja perlu bertemu tanah atau tempat sembahyang. MAksudnya taklah membatalkan solat jika hanya sebahagian diletakkan ke lantai, yang lain tidak. Namun, sebaiknya untuk kesempurnaan solat, dirapatkan betul-betul ke lantai agar terpenuhlah maksud sembahyang itu. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  11. Apakah dalil khusus yang menyatakan bacaan yg 4 tersebut sehingga didengari telinga sendiri? Jkk

    ReplyDelete
  12. Stkt ini saya hanya berpandukan pada kitab2, dn tdk kurang drp 2 kitab yg menyebut ttgnya. Jg berpandu pada guru2 yg mengajar. Jd kita baca atau belajar kitab ini atau ambil langsung drp perkataan drp guru itu adalah sebhg drp proses pembelajaran ilmu utk sampai kpd kita. Utk hal ini, ada rujukannya dlm bab rukun solat, pada kitab yg mmg sgt mementingkan dalil, iaitu Fiqh Manhaji ala mazhab Syafie, oleh Mustofa Khin dll.

    ReplyDelete
  13. Salam kepada yg bertanya,

    1. Sah solat kita bila kita membaca bacaan wajib tersebut dgn berbisik asalkan kita boleh mendengarnya. Jika berbisik sehingga kita sendiri tdk mendengar, itu bukan melafazkan namanya. Lagipun sebutan makhraj dan tajwid boleh rosak bila tidak dilafaz dengan betul.

    2. Setakat baca perlahan dn didengar oleh org sebelah, tidaklah sampai makruh. Melainkan jd kuat dan menganggu makmum sebelah. Lebih2 lagi jika disengajakan, jadi haram menganggu orang sembahyang. Sebaiknya baca perlahan dan didengar diri sendiri sahaja.

    ReplyDelete
  14. Ustaz, saya ingin menanyakan satu soalan.adakah solat seseorang wanita itu sah jika bacaannya didengari oleh kaum lelaki??

    ReplyDelete
  15. Ustaz, saya ingin menanyakan satu soalan.adakah solat seseorang wanita itu sah jika bacaannya didengari oleh kaum lelaki??

    ReplyDelete
  16. Bacaan suara wanita samada didengari oleh lelaki ataupun tidak, bukanlah termasuk dalam syarat sah solat.

    ReplyDelete
  17. Dalam hadapi masalah jemaah yg membaca fatihah dgn kuat sehingga menggangu jemaah lain. Bolehkah kita beritahu/ajarkan kaedah mahzah lain cth mahzab Hanafi yg meringankan bacaan Fatihah iaitu membaca secara dalam hati atau tidak dibaca langsung kerana berpegang bahawa Fatihah itu ditanggung Imam semasa solat jemaah?

    ReplyDelete
  18. Bkn mudah utk menukar mazhab dalam solat, krn jika pun berpindah mazhab dalam solat contoh mazhab hanafi, makanya kena tahu rukun, sah batal solat mazhab hanafi. Saya tdk fikir sesuai kita cadangkan begitu kpd orang yang membaca kuat. Sebenarnya syarat dalam mazhab syafie, bacaan rukun itu hanya perlu didengar sendiri. Tak perlu kuat sehingga menganggu orang lain. Kalaupun dia boleh mengganggu jemaah dgn bacaan kuatnya, maka eloklah dinasihatinya kerana itu sudah jadi makruh. Boleh jatuh haram. Jika dia merasa tidak boleh berubah, maka mungkin dia boleh sembahyang jemaah di rumah atau di pejabat. Wallahua'lam.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.