Maksud hadis: Allah akan sentiasa memandang hamba Allah yang bersolat selagi hamba itu tidak berpaling pandangannya.
Apa yang difahami, jika seorang itu bersolat maka dia akan sentiasa mendapat pandangan Allah selagi mana dia menghadap ke kiblat. Iaitu, wajahnya hendaklah dihadapkan ke kiblat dan di waktu yang sama matanya terbuka menghalakan pandangan ke tempat sujud yakni tempat dia meletakkan dahinya sewaktu sujud. Pandangan sebegitu hendaklah dikekalkan daripada bermula takbiratulihram sehingga selesai tahiyat akhir, sebelum salam. Termasuk mengekalkannya itu adalah sewaktu rukuk dan sujud. Khusus dalam tahiyyat, sewaktu mengangkat telunjuk jari kanan, sunat seketika itu untuk memandang kepada jari tersebut.
Makruh, jika seseorang menutup mata di dalam solat tanpa sebab. Kecuali dia mempunyai sebab tersendiri seperti didapatinya tempat sujudnya dialas dengan sejadah yang bergambar dan gambar tersebut boleh mengganggu solatnya. Maka dibolehkan untuk memejamkan matanya jika itu dapat membantu dia menumpukan solatnya. Sebaiknya bagi seseorang yang solat, alas tempat sujudnya adalah kain putih atau sejadah yang bebas daripada gambar.
Sunat bagi orang yang solat berjemaah sentiasa memastikan safnya lurus dengan matanya memerhatikan susunan saf sewaktu bangun berdiri untuk rakaat seterusnya. Di waktu ini, seseorang itu hendaklah melihat kakinya dan dirapatkan kembali jika tidak rapat dan diluruskan kembali jika tidak lurus. Rapat diukur mengikut bertemunya jari kelingking kaki seorang dengan seorang yang lain. Lurus diukur mengikut selarinya tumit seorang dengan seorang yang lain. Kemudian daripada itu, hendaklah dihalakan kembali pandangan matanya ke tempat sujud.

Salam
ReplyDeleteBagaimana dengan saf wanita, hendak menentusahkan rapat dan lurus. Kebiasaannya kaki ditutupi kain.
Selalunya berpandukan sentuhan bahu sahaja.
w'salam, benar, saf wanita itu dilurus dan rapatkan mengikut bahu masing-masing.
ReplyDeleteHello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Servidor, I hope you enjoy. The address is http://servidor-brasil.blogspot.com. A hug.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTopik pandangan mata dalam solat ini eksklusif di blog ini sahaja. Jikapun saudari mahu merujuk, ada kitab yang boleh dicadangkan, contoh, Fathul Muin.
ReplyDelete