Tuesday, July 29, 2008

Bilakah Boleh Solat Duduk?

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
“Solatlah kamu dalam keadaan berdiri, sekiranya kamu tidak mampu, maka dalam keadaan duduk.” (Riwayat Bukhari)

Daripada hadis ini, dapatlah kita fahami bahawa tidak boleh kita solat dalam keadaan duduk, melainkan dalam keadaan kita tidak mampu atau tidak berupaya untuk berdiri.

Perinciannya seperti berikut:

1. Yang dikatakan solat dalam hadis tersebut, adalah solat fardhu.

2. Sekiranya seorang itu sakit, dan sakit itu memampukan dia berdiri sepanjang solatnya, batal solatnya dengan sengaja duduk menggantikan berdiri. Bahkan dia wajib berdiri menunaikan solatnya.

3. Sekiranya seorang itu sakit, dan sakit itu tidak memampukan dia berdiri sepanjang solatnya tetapi boleh pada sebahagian solatnya, maka dia berdiri sekadar kemampuannya. Kemudian, dia boleh duduk bagi menyelesaikan solatnya.

4. Sekiranya seorang itu sakit, dia perlu melihat apakah dia boleh berdiri sepanjang solat atau tidak. Sekiranya dia rasa mampu berdiri sepanjang solatnya, dia solat berdiri. Kemudian jika tiba-tiba dia jadi tidak mampu, maka dia boleh terus duduk seketika itu juga.

5. Sekiranya dia memang lemah atau tidak mampu untuk berdiri pada sebelum takbiratul ihram lagi, maka dia memulakan solatnya dengan duduk sehinggalah selesai solat.

6. Semua jenis solat sunat, boleh dilakukan dalam keadaan duduk, samada seorang itu mampu ataupun tidak. Namun, dianjurkan berdiri bagi yang mampu kerana dalam hadis yang lain, Rasulullah memberitahu, “dan sesiapa yang solat dalam keadaan duduk, baginya separuh pahala daripada orang yang berdiri.”

55 comments:

  1. jika seseorang itu mempunyai kasakitan lutut... boleh berdiri tetapi tidak dlm keadaan lurus dan mempunyai kesukaran ketika sujud dan rukuk. apalah penyelesaiannya???

    ReplyDelete
  2. Dia solat dlm keadaan berdiri selagi mampu tetapi diletakkan kerusi di belakangnya. Jk sukar berdiri maka duduk dia di atas kerusi. Utk rukuk dan sujud jk sukar maka berdiri dulu, kemudian rukuk dan sujud dilakukan secara duduk atas kerusi.

    ReplyDelete
  3. Bagaimana jika seseorang itu sakit dibahagian kepala, apabila rukuk dan sujud terasa kepala dan urat2 dibahagian dahi dan antara kening berdenyut dan sakit?

    ReplyDelete
  4. salam.
    saya sekarang berada di france dan di sini tidak dibenarkan menzahirkan sebarang perbuatan yang berkaitan dengan agama (spt solat). soalan saya, sekiranya saya sedang berada di pusat beli-belah dan tiada tempat untuk bersolat disediakan, adakah saya dibolehkan solat secara duduk? *saya khuatir sekiranya solat secara berdiri di hadapan orang ramai akan membuatkan kami dihalau dan sbgnya.
    sekiranya boleh, adakah saya perlu mengganti solat tersebut?
    diharapkan saudara boleh membantu.
    terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Masih ada ruang untuk solat di rumah, maknanya menyusun waktu shopping agar tidak bertembung dengan waktu solat. Jika terpaksa sungguh, maka solat duduk tadi bukanlah dikira dalam dharurat, tetapi lebih dikira sebagai solat hormat waktu. Dan perlu kepada qadha. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  6. di shopping kompleks pun ade surau, ramai juga yang berjemaah :)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,

    Saya merupakan pelajar dalam bidang makanan di Ireland. Saya mengalami kesukaran solat kerana tiada tempat disediakan dan banyak tempat mempunyai bahan dari unsur babi..adakah saya boleh solat duduk dalam keadaan begini..sudah tentu saya tidak boleh menunggu solat zohor dan asar di rumah kerana kekangan masa di makmal.harap dapat penjelasan

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum

    Jika berdiri sepanjang solat kerana sakit tidak boleh duduk dan sujud, bagaimanakah cara meletakkan tangan ketika berdiri semasa membaca tahiyyat dan zikir antara dua sujud

    ReplyDelete
  9. Dalam kaedah fiqh atau usul fiqh, bila sesuatu itu sempit, maka ia jadi luas. Atau bila sesuatu itu sukar, maka ia jadi mudah. Makanya tidaklah diberatkan bagi orang yang tidak boleh duduk dan sujud dalam solatnya yang berdiri untuk menunjukkan jari telunjuk ke kiblat sewaktu tahiyat.

    ReplyDelete
  10. salam,saya mengalami slip disc..saya mampu berdiri tetapi tidak boleh tunduk rukuk sempurna dan tidak boleh sujud dgn sempurna..bagaimana untuk solat tanpa duduk?boleh kah rukuk dlm keadaan berdiri dgn tunduk sedikit dan sujud tunduknya lebih dari rukuk?..

    ReplyDelete
  11. Salam. Kalau begitu keadaannya maka solatlah berdiri, sewaktu rukuk dlm keadaan berdiri dgn tunduk sedikit dan sujud tunduknya lebih dari rukuk.

    ReplyDelete
  12. Salam,
    Minta pandangan...
    Bagaimana jika seseorang itu mampu berdiri, tetapi sukar untuk rukuk, sujud dan bangun semula kerana masalah obesiti melampau..
    T.kasih

    ReplyDelete
  13. Salam.

    Orang itu mestilah dia bertakbiratul ihram dalam keadaan berdiri, membaca fatihah dalam berdiri, dan sewaktu rukuk dan sujud itu diganti dengan duduk dan membongkok sahaja di kerusi. Andai kata tidak mampu bangun semula untuk rakaat ke-2 dan seterusnya, maka dia tetaplah di kerusi tersebut pada baki rakaat tersebut.

    ReplyDelete
  14. Assalammualaikum,
    jika seseorang itu mampu berdiri lama dan rukuk,tetapi masa sujud dia tidak mampu tuk melakukannya disebabkan kesakitan/terseliuh dikaki,

    ReplyDelete
  15. Utk orang yg tidak mampu sujud tetapi boleh berdiri dan rukuk, maka dia solat seperti biasa. Kecuali waktu sujud nanti, ganti sujud dia adalah dengan duduk dan membongkokkan badan. DAn gaya duduk itu, jika mampu duduk seperti duduk antara dua sujud. Jika tdk mampu, boleh duduk di atas kerusi.

    ReplyDelete
  16. Bagaimana jika dia mampu berdiri dan rukuk. Tetapi apabila hendak sujud dia duduk atas kerusi.{ tdk mampu sujud sbb terseliuh }.apabila rakaat ke2 dia berdiri semula. Dan seterusnya hingga selesai. Bgmana pula dgn susunan saf solatnya dlm jemaah. Kaki kerusi sama dgn tumit jemaah lain. Tp apabila dia berdiri dia akan hdpn dr jemaah lain. Bgmana keadaan ini

    ReplyDelete
  17. Elok seperti itu. Ttg susunan saf jika ikut tumit kaki, maka punggung di atas kerusi dia itu kena selari dengan tumit kaki makmum jemaah yang lain. Dalam kes ini, maka dimaafkan jika tak sama pun sebab kalaulah dibelakangkan kerusi itu hingga dia berdiri sama dengan makmum lain, dibimbangi akan menyusahkan pada makmum yang berdiri betul di saf belakangnya. Maka biarlah kerusi itu sama baris dengan saf. Tapi tengok kerusilah jk kerusi yang kecil maka rasa tiada masalah utk makmum tersebut berdiri satu saf dgn makmum lain.

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum,

    Saya masih boleh berdiri, rukuk dan sujud, cuma menghadapi kesukaran untuk duduk antara dua sujud dan tahiyat kerana masalah di bahagian lutut. Bagaimana saya boleh menggantikan duduk tersebut dengan cara lain? Bolehkah duduk bersila bagi menggantikan duduk antara dua sujud dan tahiyat tersebut? Terima kasih.

    ReplyDelete
  19. Waalaikumussalam

    Boleh, kerana mengikut kaedah fekah, "bila sesuatu itu sempit, maka ia menjadi lapang" Dalam keadaan terdesak maka ada keringanan, bagi seseorang itu kerana Tuhan tidak memberatkan bagi seseorang hingga menghalang dia daripada melakukan ibadah. Oleh itu, dalam keadaan begini, bolehlah duduk cara apa sekalipun selagi dinamakan duduk untuk sempurnakan tahiyat tersebut.

    ReplyDelete
  20. Aslmkm...
    Anak saya dia sakit lutut sebab jatuh waktu main bola dan lutut dia bengkak bberapa minggu yg lepas. Sekarang ni lutut dia dah ok. Dia dah boleh berdiri dengan elok, berjalan, berlari, mengayuh basikal bahkan kembali bermain bola. Tetapi saya lihat dia masih nak solat duduk atas kerusi. Adakah solat dia sah atau tidak? Sebab saya tak tahu macam mana nak tegur dia sebab dia dah mampu berdiri dan sempurna berjalan nya. Oleh kerana dia anak tiri saya, so saya takut nak tegur dan tak tahu bagaimana cara nak memberi kesedaran padanya. Bantu saya bagi nasihat? TQ

    ReplyDelete
  21. Tidak sah solat duduk jika boleh berdiri. Ini khusus bagi solat fardhu. Kecuali ada halangan waktu sujude, kemungkinan kaki tidak boleh dilipatkan atau masalah lutut sakit jk diletakkan pada posisi sujud, maka diwaktu itu dizinkan duduk atas kerusi semasa sujud. Tapi waktu selain sujud kena berdiri seperti biasa. Jadi dlm kes puan, bolehlah bagitahu suami puan, mungkin ayahnya sendiri boleh menegur. Atau bolehlah puan sendiri memberanikan diri bersembang-sembang dengan lemah lembut kepadanya ttg masalah ini. Moga-moga Puan dibantu.

    ReplyDelete
  22. Klu pregnant 8 bulan stengah n sgt2 senak ketika sujud dan untuk bgun smula, bolehkah sy solat duduk? Tp sy msh mampu bejalan wlwpon perlahan n xde mslah utk rukuk cuma sgt2 rasa berat n xlarat utk sujud n sgt pyh utk bgun berdiri smula. Mohin penjelasan.

    ReplyDelete
  23. abdul rahman...June 11, 2013 6:06 PM

    slm ustaz...saya sakit lutut...boleh ke saya solat berdiri dan rukuk..kecuali semasa sujud saya duduk atas kerusi...

    ReplyDelete
  24. salam. bahagian atas tapak kaki saya mengalami kecederaan(tendon koyak)dan untuk saya berdiri walaupun beberapa saat memang sakit. saya juga langsung x boleh duduk antara dua sujud jika solat seperti biasa. jadi boleh kah saya teruskan dengan solat dalam keadaan duduk sehingga saya boleh melakukannya seperti biasa?

    ReplyDelete
  25. Salam.jika masalah saya hanyalah pada duduk antara dua sujud dan tahiyat akhir. Adakah sah solat saya sekiranya saya melakukan sujud dan duduk antara dua sujud dalam keadaan duduk walaupun saya mampu untuk sujud? yang lain dilakukan dlm keadaan berdiri.

    ReplyDelete
  26. Salam.

    En Abd Rahman: Boleh berdiri sewaktu solat dan jika memang tidak boleh sujud maka sujud di atas kerusi dalam keadaan membongkokkan badan.

    Anonymous July 28: Boleh duduk dalam solat sekiranya tidak dapat berdiri kerana sakit walau sekejap dalam solat. Sebaiknya berdiri itu dalam keadaan takbiratulihram dan kemudian duduk. Tetapi jika susah, maka bolehlah solat duduk.jika tidak boleh solat duduk dengan kaedah duduk antara dua sujud, maka solat dengan kaedah duduk atas kerusi.

    Anonymous August 23: Ya utk kes tuan/puan, gunakanlah kerusi sahaja untuk sujud dan duduk antara dua sujud. Yang lain-lain seperti biasa berdiri dan rukuk.

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  27. utk kes ShiraL
    Maaf mungkin jawaban ini terlalu lewat untuk puan, bagi ilmunya ialah puan berdiri seperti biasa dalam solat. Dan untuk rukuk dan sujud jika tdk berdaya dengan kaedah biasa maka rukuk dan sujud dalam keadaan duduk atas kerusi. Dengan merebahkan badan ke depan sedikit sewaktu rukuk dan merebahkan lagi ke hadapan sewaktu sujud. Atau jika tdak mampu berdiri selepas rakaat pertama, teruskanlah duduk atas kerusi ganti berdiri pada rakaat seterusnya.

    ReplyDelete
  28. Salam, saya tak boleh bersila, tak boleh duduk tahyat awal dan akhir.Solat bagaimana yg harus saya lakukan?

    ReplyDelete
  29. Salam
    Allah tidak memberatkan kita dengan keadaan yang kita tidak mampu. Permudahkanlah, dan jangan dipersulitkan. Makanya, jika anda tidak boleh duduk tahiyat awal dan akhir, maka solat semampunya. Persiapkan kerusi, berdiri macam biasa dalam solat dn sewaktu selepas iktidal, sujud dan duduklah di atas kerusi. Lakukanlah duduk tahiyat juga dengan di atas kerusi sahaja.

    ReplyDelete
  30. salam, sya ingn brtannya.ia mgenai solat sunat rawatib.jika kita melakukan solat sunat rawatib,perluka kita lakukan keduanya sekali.maksud seblm n selepas solat fardhu.jika kita lakukan qabliyah sahaja tanpa badiyah bley ke?atau slah satunya?ataupun kalau dh wat salah 1 kna wat sesudah dan selepas..


    mohon penjelasan.trima kash.

    ReplyDelete
  31. Salam
    Solat sunat rawatib mengiringi solat fardhu terbahagi kepada dua, qabliyah dan ba'diyah. Kecuali Subuh hanya ada qabliyah sahaja. Dihukumkan sunat, maka pilihan atas kita untuk mengerjakan samada nak buat 1 sahaja atau buat kedua-duanya sekali. Tidak ada apa-apa masalah di situ. Dan solat-solat sunat ini semuanya menjadi penampal kepada kecacatan2 yang ada dalam solat fardhu kita.

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum.
    Encik Editor. Satu persoalan yang saya ingin utarakan. Dalam satu keadaan sebagai contoh keadaan untuk berdiri berbahaya. Contohnya solat ketika mendaki gunung curam atau dalam kereta api yang bergerak laju menyebabkan bahaya untuk berdiri. Maka adakah dalam keadaan ini dibolehkan untuk solat duduk atau berdiri sewaktu niat dan selepas takbir ambil posisi solat duduk. Mohon penjelasan. Terima kasih saudara.

    ReplyDelete
  33. Waalaikumussalam.
    Sbg menjawab persoalan ini, ada dlm kaedah fekah, iaitu bilamana sesuatu itu menjadi sempit, maka hukumnya menjadi luas. Jadi seperti yang saudara/i gambarkan dalam soalan di atas, ternyata ada keuzuran untuk berdiri yang bukan disengajakan.

    Merujuk kpd Kitab Fiqh Manhaji As-Syafie, dlm bab rukun sembahyang, disebutkan:
    "Sekiranya orang yang bersembahyang hanya mampu berdiri pada beberapa bahagian sahaja di dalam sembahyang, dan tdk mampu berdiri pada bahagian yg lain, maka dia hendaklah berdiri ketika melakukan bahagian yg mampu dilakukan scr berdiri dan duduk pd bahagian yg tidak mampu dilakukan scr berdiri."

    Dlm Kitab Sabilal Muhtadin, dinyatakan seperti berikut:
    "Jika dia tidak kuasa berdiri kerana masyaqqah (kesukaran) yang kuat sekira-kira tidak
    tertanggung dia pada adatnya sekalipun ia tidak mengharuskan tayammum,seperti bertambah sakitnya jika dia berdiri atau takut orang yang di dalam perahu
    atau kapal akan karamnya atau pusing kepalanya jika dia berdiri, atau barang sebagainya, sembahyanglah dia secara duduk dengan cara duduk yang
    dikehendakinya."

    ReplyDelete
  34. salam sya ingn brtanya.mgkn lari dpd tajuk.kemusyikalan pd sya.adakah sah solat wanita tu bilamana yg dkatakn angn yg kuar dr faraj..dlm erti kata lain...sya pun xtau cmane nk trangkan ek..hrap tuan paham mgkn..

    mhon sgt pnjelasan tuan.trima kash byak2.

    ReplyDelete
  35. Menjawab persoalan, dinukilkan hal yang membatalkan wudhuk sepertimana di dalam kitab Idaman Penuntut:

    Wudhuk yang sah itu batal dengan perkara berikut:

    (Pertama) Keluar sesuatu daripada kubul atau dubur sama ada benda biasa seperti tahi, air kencing dan angin, atau benda yang jarang-jarang adanya seperti batu, darah dan cacing.

    ReplyDelete
  36. Akum.. bagaimana dengan mrk yg mengidap penyakit arthritic. . Cara solat yg sebagaimana lebih afdal tuan.. tm ksh

    ReplyDelete
  37. Salam kepada yg bertanya,

    Tentang penyakit arthritis ini, makanya bergantung kepada sejauhmana kronik atau takat mana kondisi penyakit bagi seseorang itu. Makanya, hukum wajib sembahyang tetap berjalan, tinggal lagi bagaimana dia bersembahyang itu ikutlah kemampuan dia. Selagi boleh berdiri, dia berdiri. Jika sudah tidak boleh berdiri, maka dia duduk. Selagi boleh rukuk dan sujud, dia rukuk dan sujud. Jika sudah tidak boleh rukuk dan sujud, maka dia membuat gerakan badan yang diseumpakan seperti rukuk dan sujud. Bagi pesakit ini, rukuk dan sujud dia tetap sah walaupun jari-jarinya tidak terbuka kerana diambil kira keuzurannya. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  38. Solat sunat cara duduk..soalan saya,takbir mesti brrdiri ka?atau boleh duduk dan angkat takbir

    ReplyDelete
  39. Kpd saudara Nazim
    Tiada masalah pada solat sunat itu, boleh sahaja berdiri atau duduk, tinggal lagi jika solat sunat dgn duduk dalam keadaan tiada uzur dikurangkan pahala kpd 1/2. Dlm hal yg ditanya, kerana ia solat sunat, bolehlah takbiratulihram dalam keadaan duduk.

    ReplyDelete
  40. assalamualaikum

    Saya mengalami kemalangan jalan raya mengakibatkan kaki sebelah kanan dipotong paras paha...kini saya menggunakan kaki palsu,ketika solat saya duduk dikerusi memandangkan sekiranya berdiri, saya perlu membuka kunci utk duduk,berlaku byk pergerakan..sekiranya berdiri adakalanya sakit dan tidak selesa....Bagaimana cara yang betul untuk saya bersolat? tk

    ReplyDelete
  41. Waalaikumussalam

    Saya bersimpati dgn saudara atas kemalangan yg berlaku. Dlm kes saudara, sebaiknya takbir dalam keadaan berdiri jikia boleh berdiri. Kemudian kekalkan berdiri atau jika tak mampu selepas takbir duduklah di atas kerusi. Atau jika mampu kekalkan berdiri dan rukuk serta sujud di atas kerusi sahaja. Atau boleh juga terus berdiri jika mampu sehingga habis solat dgn rukuk seperti biasa tetapi utk sujud dilakukan sama spt gerakan rukuk tetapi dilebihkan sedikit tunduknya.

    Boleh rujuk di sini juga:
    http://fekah.blogspot.com/2014/01/bilakah-boleh-solat-duduk-2.html

    ReplyDelete
  42. Untuk apa jua keadaan, solat fardhu dengan berdiri ini adalah mengikut kemampuan seseorang. Selagi boleh berdiri, kenalah berdiri. Kecuali mmg sdh uzur sangat dan tak mampu berdiri walau di dalam takbiratul ihram sekalipun, maka dibolehkan solat secara duduk. Dan bertakbiratul ihram di dalam duduk. wallahua'lam.

    ReplyDelete
  43. Aslkm. Bagaimana jika mampu berdiri dan tidak boleh rukuk dgn sempurna tetapi boleh sujud dgn sempurna sbb saya mngalami kerosakan tisu di tulang blakang. Dan sakit ketika mahu tunduk dan ambil masa utk duduk dan berdiri dengan sempurna. Tolong ya bagi penjelasan. Terima kasih..

    ReplyDelete
  44. Waalaikumussalam kpd saudari Nadia.

    Allah tidak memberatkan malah memudahkan mengikut kemampuan hambaNya untuk beribadah. Maka merujuk kepada kes saudari, sekiranya saudari tdk dpt untuk rukuk dengan sempurna atas sebab uzur, itu dimaafkan. Tetapi bukanlah meninggalkan rukuk, sebab rukuk itu rukun. Hanya boleh rukuk dengan tundukkan badan ke hadapan sekadar mana yang mampu.

    Sekian.

    ReplyDelete
  45. Bagaimana jika seseorang itu dlam keadaan mampu,ttapi ketika sjud air kencing terkeluar wlaupun ditahan..adakah kita di harus kan solat seperti biasa?kerisauan ini membimbangkan apabila kta brada dlam keadaan hdas kecil

    ReplyDelete
  46. Anda bertanya, jika seseorang itu dlam keadaan mampu,ttapi ketika sjud air kencing terkeluar wlaupun ditahan..

    Dijawab, jika anda dalam keadaan daimul hadas (hadas berterusan), maka ia tidak menjadi masalah kerana apa yang keluar selepas wudhuk cara daimul hadas itu dimaafkan. Ia dimaafkan atas kerana keuzuran tersebut. Bolehlah search dalam blog ini panduan bersuci orang istihadhah, krn kesnya adalah serupa.

    Jika bukan daimul hadas,maka ternyata ini satu penyakit yang pelik dan ada kepayahan dalam berbuat ibadah. Makanya tetap dimaafkan dan bolehlah lakukan sujud cara duduk atau bagaimana yang menyerupai sujud sebagai ganti sujud yang sempurna. Asalkan tidak keluar air kencingnya. Pada masa yg sama dianjurkan utk berubat dan membuat pemeriksaan atas sakit tersebut, moga-moga disembuhkan Allah hendaknya.

    ReplyDelete
  47. Assalamualaikum, saya ada pertanyaan, saya seorang yg lemah lutut. saya dapat duduk atau bersujud , berdiri tegak. tetapi apabila saya bersujud , saya susah untuk berdiri lagi. dan jika saya duduk di kerusi, juga sama , susah untuk saya berdiri lagi. apa patut saya bersembahyang di atas kerusi atau seperti biasa?

    ReplyDelete
  48. Moga2 jawaban saya ini menepati kehendak Allah & Rasul

    Merujuk kpd Kitab Fiqh Manhaji As-Syafie, dlm bab rukun sembahyang, disebutkan:
    "Sekiranya orang yang bersembahyang hanya mampu berdiri pada beberapa bahagian sahaja di dalam sembahyang, dan tdk mampu berdiri pada bahagian yg lain, maka dia hendaklah berdiri ketika melakukan bahagian yg mampu dilakukan scr berdiri dan duduk pd bahagian yg tidak mampu dilakukan scr berdiri."

    Dalam kitab Sabilal Muhtadin, ada disebut, "Demikian lagi, jika dia lemah dari berdiri di tengah sembahyang berdirinya, dan dia kuasa duduk, wajib dia duduk dan menyempurnakan baki sembahyangnya dengan berduduk."

    * Difahami maksudnya di sini, tdk perlu kepada kerusi.

    ReplyDelete
  49. Assalamualaikum....saya hendak bertanya...perlukah kita qada kembali solat fardu kita yg sebelum ini setelah tahu bahawa kalau kita masih mampu berdiri ketika sakit tetapi melakukan solat sambil duduk(solat sambil duduk dilakukan sebelum tahu bahawa kalau mampu berdiri hendaklah solat sambil berdiri)

    ReplyDelete
  50. Waalaikumussalam

    Moga-moga Allah ampunkan dan maafkan kita atas kelalaian dan ketidaktahuan kita yang lalu. Dan kita teruskan belajar menuntut ilmu serta beramal atas ilmu yang ada, lebih-lebih lagi dalam bab solat, perkara yang pertama dan utama dinilai Allah di Akhirat kelak.

    ReplyDelete
  51. Assalammualaikum ustaz saya nak tanya sah x solat seseorg tu kalau Ada helain rambut pada mukanya waktu solat. Rambut tu rambut yg telah gugur

    ReplyDelete
  52. assalamualaikum. saya seorang yg lemah lutut. saya boleh berdiri tetapi bila saya duduk di bawah /sujud memang susah untuk saya berdiri lagi. sama seperti apabila saya duduk di kerusi. ia mengambil masa untuk saya berdiri lagi dan memerlukan banyak tenaga untuk berdiri lagi. bolehkah saya solat dengan duduk di kerusi sahaja?

    ReplyDelete
  53. Waalaikumussalam

    Kena solat secara berdiri selagi mampu dahulu, kemudian daripada itu jika tidak mampu, barulah boleh solat duduk. Maksudnya pada rakaat ke-2, jika sudah tidak mampu berdiri teruskan dengan duduk sahaja. Atau ganti melakukannya di atas kerusi untuk sujud & duduk antara dua sujud. Boleh juga jika berkuasa berdiri, teruslah berdiri dan rukuk macam biasa di dalam solat. Tinggal lagi sujud itu diganti dengan rukuk melebihkan bongkoknya di badan. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  54. assalamualaikum..saya ingin Tanya, saya mengalami kecederaan dilutut yang menyebabkan tidak boleh sujud jadi saya hanya boleh duduk atas kerusi apabila waktu sujud serta tahiyat sahaja ketika solat.soalan saya pada rakaat kedua adakah saya perlu berdiri semula seperti solat biasa dan mengulangi perbuatan ketika hendak sujud dan tahiyat itu sahaja atas kerusi dan mengulangi perbuatan sama hingga rakaat terakhir?mohon penjelasan dari saudara..

    ReplyDelete
  55. Waalaikumussalam @NurSyahiralsa

    Begitulah yang perlu dilakukan selagi boleh berdiri, maka kita berdiri di dalam sembahyang pada tiap2 rakaat. Dan keuzuran kita hanya diberi, pada tempat yang kita uzur & bukan selainnya. Maksudnya, jika masih boleh berdiri, dan uzur pada sujud, maka teruskan berdiri, dan dimaafkan pada sujud, lakukan sujud sebagaimana yang dibolehkan samada dalam keadaan duduk atau melebihkan rukuk sewaktu berdiri. Duduk di atas kerusi ini ialah bagi mereka yg memang x boleh melipatkan kaki sewaktu sujud @ duduk antara dua sujud & kemudiannya tdk boleh bangun berdiri. Jika masih boleh, makanya masih perlu duduk antara dua sujud dan sujud dalam keadaan membongkokkan badan dalam keadaan begitu. Cara lain boleh dilihat spt yg diterangkan di sini: http://fekah.blogspot.my/2014/01/bilakah-boleh-solat-duduk-2.html

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.