Thursday, November 30, 2006

Solat Sunat Rawatib

Solat sunat rawatib dianjurkan kepada kita melakukannya sebagai memenuhi tuntutan sunnah Rasulullah. Malah solat sunat seumpamanya adalah berguna untuk menampung kekurangan yang ada dalam solat fardhu. Ada pada 5 tempat atau 10 rakaat solat sunat rawatib yang termasuk dalam solat sunat muakkad yakni sangat dituntut untuk dilakukan. Ia adalah solat sunat 2 rakaat subuh (sebelum subuh), 2 rakaat sebelum zohor, 2 rakaat selepas zohor, 2 rakaat selepas maghrib dan 2 rakaat selepas isyak.

Solat sunat Subuh atau dinamakan juga solat sunat fajar adalah solat sunat rawatib yang paling utama berbanding solat sunat rawatib yang lainnya. Adapun Rasulullah ada menyatakan keutamaan bersembahyang solat sunat subuh ini sepertimana dalam maksud hadisnya:

“2 rakaat solat sunat subuh itu lebih berharga daripada dunia dan seisinya.”

“Solat sunat subuh 2 rakaat itu mendapat pahala yang besar.”

Solat sunat ini dilakukan dalam waktu subuh sebelum solat fardhu subuh dengan diniatkan solat sunat subuh atau solat sunat sebelum subuh. Yang dianjurkan Nabi s.a.w. rakaat pertama selepas fatihah membaca Al-Kafirun dan rakaat kedua selepas fatihah, membaca Al-Ikhlas.

Namun boleh juga selepas fatihah, membaca selain daripada kedua-dua surah itu. Seperti yang dimaklumi oleh Imam Ghazali dalam kitabnya agar membaca surah Al-Insyirah dan Al-Fiil. Sesetengah ulamak membolehkan membaca kesemua surah tersebut dalam satu sembahyang sunat. Namun, boleh juga diselang-selikan. Sebagai contoh, satu hari dengan Al-Kafirun dan Al-Ikhlas, dan hari lain dengan Al-Insyirah dan Al-Fiil.

Solat sunat rawatib ini boleh sahaja dilakukan samada berdiri atau duduk. Kerana ada kelonggaran bagi solat selain solat fardhu untuk mendirikannya secara duduk. Namun tidaklah sama pahalanya dengan orang yang solat secara berdiri. Rasulullah menjelaskan, “pahala bagi orang yang solat duduk itu separuh daripada orang yang solat berdiri”.

Adalah makruh mendirikan solat sunat rawatib ini jika muazzin (bilal) sudah qamat atau bersedia untuk qamat. Haram mendirikannya, jika kita sudah kesempitan waktu untuk melakukan solat fardhu sekira-kira tidak mendapat satu rakaat dalam waktu. Dan menyalahi yang utama (khilaful aula) mendirikan solat sunat rawatib bagi orang yang ada tanggungan hutang solat fardhu. Lebih utama bagi orang tersebut mengqadha solatnya.

10 comments:

Editor said...

Bagi yang meninggalkan solat dengan sengaja maka haram baginya mengerjakan solat sunat selagi ada tanggungan (hutang) solat fardhu. Dia perlu mengqadha solat tersebut hingga selesai, kemudian barulah dia boleh mengerjakan solat sunat rawatib mengiringi solat fardhu.

Yagami said...

Assalamualaikum..

Jadi adakah berdosa jika seseorang itu melakukan solat sunat sekiranya dia masih berhutang solat yang fardhu..??

Adakah tidak diterima solat sunatnya itu??

Bagaimana dengan solat sunat taubat, solat sunat hajat etc.

Editor said...

Perlu dilihat, solat fardhu yang ditinggalkannya itu, apakah ditinggalkan secara sengaja atau tidak sengaja. Jika dilakukan secara sengaja, maka jumhur ulamak mengatakan haram dia lakukan solat sunat yang lainnya. Dan keutamaan baginya ialah mengerjakan qadha pada solat-solat tersebut. Kaedah fekah, ialah bila bertemu fardhu dan sunat, maka fardhu itu perlu didahulukan. Fardhu itu lebih utama daripada sunat.

Jika ditinggalkan solat dengan tiada sengaja, seperti tertidur, maka tiada halangan mengerjakan solat sunat biarpun tidak mengqadha dahulu solat yang ditinggalkannya. Hanyasanya hukumnya sunat menyegerakan qadha dalam situasi ini.

emkay said...

Assalamualaikum,

Adakah ini bermaksud haram sesorang itu melakukan solat sunat selagi mana dia tidak menqada solat solat fardhu yang dia tinggalkan dengan sengaja semenjak diamakhil baliq? Harap dapat diberikan penjelasan, sekian terima kasih

Editor said...

Perlu dilihat, solat fardhu yang ditinggalkannya itu, apakah ditinggalkan secara sengaja atau tidak sengaja. Jika dilakukan secara sengaja, maka jumhur ulamak mengatakan haram dia lakukan solat sunat yang lainnya. Dan keutamaan baginya ialah mengerjakan qadha pada solat-solat tersebut. Kaedah fekah, ialah bila bertemu fardhu dan sunat, maka fardhu itu perlu didahulukan. Fardhu itu lebih utama daripada sunat.

Jika ditinggalkan solat dengan tiada sengaja, seperti tertidur, maka tiada halangan mengerjakan solat sunat biarpun tidak mengqadha dahulu solat yang ditinggalkannya. Hanyasanya hukumnya sunat menyegerakan qadha dalam situasi ini.

Anonymous said...

Bila saya sampai kemasjid, bila sedang azan. Selepas azan, apa patut saya buat samada solat sunat tahiyat masjid atau solat sunnat fajar (sekiranya tak sempat nak buat dua-dua solat sunat)

Editor said...

Sewaktu azan, berdiri sehingga azan selesai. Kemudian, mengerjakan solat sunat sunnat fajar, dan solat itu sudah memadai sebagai ganti solat sunat tahiyatul masjid.

shaldi said...

Tak ada hadis yg mengatakan tidak boleh smbhyg sunat slagi ada hutang qadha.

Anonymous said...

seorang pemuda selepas baligh lalu dia meninggalkan solat kerana mudanya tiada pedoman, setelah dewasa baru mendapat hidayah. lalu bagaimana solat yg ditinggalkan bertahun jumlahnya tidak terkira. bagaimana hendak menguruskannya. apakah langsung tidak dibenarkan bersolat sunat hatta terawih atau raya. mohon jelaskan.

Editor said...

Seperti anjuran ulamak, bila bertemu antara tangunggan wajib dan sunat, maka didahulukan yang wajib. Jadinya, kerana si polan meninggalkan solat dengan sengaja, bukan kerana uzur dsb; dia mestilah mengqadhakan solat fardhunya. Tidak mengapa meninggalkan solat2 yang lain, semata-mata menunaikan qadhanya.
Namun pendapat saya, tidaklah mengapa dia mengerjakan solat sunat hari raya, semata-mata untuk membesarkan dua eid tersebut, lebih-lebih lagi padanya ada panduan dan nasihat di dalam khutbah.
Wallahua'lam.