Monday, December 25, 2006

Hukum Minuman Yang Dimasuki Semut

Soalan:
Bangkai semut yang masuk dalam minuman, apa hukumnya meminum air tersebut?

Jawapan:
Semut adalah binatang yang tidak mengalir darahnya. Bangkai semut adalah najis yang dimaafkan. Namun, masuk semut pada minuman itu, hukumnya ada 2 keadaan:

1) Semut masuk dalam keadaan sudah mati
Semut itu sudah menjadi bangkai tetapi jika masuk atas ikhtiar manusia, seperti memasukkan gula yang ada bangkai semut, maka air itu najis, tidak boleh diminum. Kalau masuk bukan ikhtiar manusia, contoh seperti ditiup angin selagi tidak mengubah sifat air, maka boleh diminum dengan syarat membuang dulu bangkai semut itu.

2) Semut masuk dalam keadaan hidup
Jika semut itu mati sendiri di dalam air, atas sebab ikhtiar manusia, maka air itu najis dan tidak boleh diminum. Ini boleh berlaku kerana air itu ditapis atau memasukkan gula yang ada semut, atau memasukkan air yang di dalam cawan mengandungi semut. Jika bukan dengan ikhtiar manusia, seperti ia masuk dengan sendirinya atau ditiup angin, maka tidak najis dan boleh diminum dengan syarat bangkai semut itu dibuang dahulu.

4 comments:

  1. jika ia msk dgn sendiri berenang2 di dalam air minuman adakah x najis?

    ReplyDelete
  2. jika kita tidak tahu atas ikhtiar siapa semut itu masuk di dlm air minuman adakah dimaafkn?cthnya yg biasa berlaku di kedai minuman

    soalan kedua: adakah dikira najis jika ada bangkai semut di dlm poket pakaian kita ketika sedang solat?

    ReplyDelete
  3. Jika ia masuk dgn sendiri, bukan dgn ikhtiar kita, maka ia dilihat. Jika masih hidup tidaklah najis. Jika sudah mati, maka bangkai itu adalah najis dimaafkan. Keluarkan bangkai tadi, dan air itu masih boleh diminum.

    Bangkai yang di dalam poket pakaian adalah najis jika dibawa di dalam solat.

    ReplyDelete
  4. seekor dua pn xdimaafkan ke ustaz jika terbawa bangkainye di dlm smbhyg?mcm mana pula dgn serangga yg kecil dan x berdarah yg lain tu?bknkah yg xberdarah itu dimaafkan?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.