Ditanya oleh sahabat kepada Rasulullah, “apakah amalan yang paling utama?”
Dijawab oleh Rasulullah, “solat di awal waktu.” Dikatakan waktu solat itu terbahagi kepada 3: Iaitu awal, pertengahan dan akhir. Dan seutama solat yang dianjurkan oleh Rasulullah ialah solat di awal waktu.
Dijawab oleh Rasulullah, “solat di awal waktu.” Dikatakan waktu solat itu terbahagi kepada 3: Iaitu awal, pertengahan dan akhir. Dan seutama solat yang dianjurkan oleh Rasulullah ialah solat di awal waktu.
Yang utama pada awal waktu pula adalah solat sekira-kira bila masuk waktunya dan diperuntukkan waktu untuk azan, solat sunat 2 rakaat dan iqamat. Dipandang baik seseorang terhadap solatnya apabila masuk waktu solat, dia sudah pun berada di atas tikar sembahyang. Kemudian daripadanya ialah orang yang bila masuk masuk waktu solat, dia sedang berwudhuk dan bersiap-siap untuk berada di tikar sembahyang. Kemudian daripada orang-orang tersebut ialah orang yang bila masuk waktu, dia pun tersedar lalu bersiap untuk wudhuk dan mengerjakan solat. Tersebut dalam hadis, orang yang sempat bertakbiratul ihram bersama imam pada rakaat pertama setiap kali solat, selama 40 hari berturut-turut, dia itu terhindar daripada penyakit nifaq. InsyaAllah, istiqamahnya itu akan melepaskan dia daripada api neraka.
Orang yang bila masuk waktu solat dan ada urusan yang tidak dapat tidak dielakkan dan dia mahu melewatkan solatnya, maka hendaklah dia memasang niat untuk mengerjakan solat tersebut. Dibimbangi dia meninggal atau uzur sebelum sempat mengerjakan solat sedang tidak ada dalam hatinya niat untuk melakukan solat.
Orang yang bila masuk waktu solat dan ada urusan yang tidak dapat tidak dielakkan dan dia mahu melewatkan solatnya, maka hendaklah dia memasang niat untuk mengerjakan solat tersebut. Dibimbangi dia meninggal atau uzur sebelum sempat mengerjakan solat sedang tidak ada dalam hatinya niat untuk melakukan solat.
Ada beberapa keadaan yang dibenarkan untuk seseorang itu melewatkan solatnya seperti berikut:
1. Solat Zohor, dikala waktu panas terik yang bersangatan. Sehinggakan panas terik itu menghalang orang untuk datang ke masjid mendirikan solat jemaah. Ditunggu hingga panas itu berkurangan lalu didirikan solat tersebut.
2. Solat Isyak, jika ada majlis ilmu atau majlis zikir maka dilewatkannya. Ataupun berkira-kira untuk tidur sebentar dan bangun semula mengerjakan solat Isyak berserta tahajjud. Namun sebahagian besar ulamak memilih keutamaan solat Isyak di awal waktu.
3. Apabila makanan sudah terhidang dan pada masa yang sama solat hendak didirikan, maka Rasulullah menganjurkan yang makanan itu diselesaikan dahulu. Kemudian baru bersolat.
4. Bila bertemu keadaan kehendak membuang air kecil dan air besar sebelum takbiratul ihram, maka didahulukan perkara mendatang itu sehingga selesai dan berwudhuk kembali. Jika sudah takbiratulihram, haramlah dia memutuskan solatnya kecuali kehendak itu jika tidak diselesaikan boleh mendatang mudharat, maka di waktu itu, bolehlah dia memberhentikan solatnya.
5. Seseorang dalam keadaan mengantuk yang bersangatan dilarang oleh Rasulullah untuk mendirikan solat. Dia boleh tidur sekejap sekira-kira hilang mengantuknya dan kemudian dirikan solat. Dibimbangi jika dia bersembahyang dalam keadaan mengantuk, dia tidak tahu apa yang dia ucapkan di dalam sembahyangnya.
6. Seseorang yang berada di dalam masjid yang masjid itu punya imam yang dilantik hendaklah menunggu imam itu datang mengimami solat. Kerana hak imam itu adalah pada imam yang dilantik. Menunggu itu adalah mengikut perkiraan bahawa imam itu akan datang dan tidaklah terlalu lama hingga luput awal waktu solat. Tidaklah boleh seorang imam itu menunggu jemaah yang ramai sehingga luput awal waktu solat kerana ada pendapat terpilih ialah berjemaah solat dengan beberapa orang di awal waktu lebih utama daripada banyak orang di akhir waktu.
7. Orang yang wajib baginya solat Jumaat dan tiada keuzuran pergi ke masjid, jika dia tidak menghadirinya, maka hendaklah dilewatkan solat zohornya. Ditunggu sehingga selesai solat Jumaat di kariahnya, barulah dia mendirikan solat Zohor.
8. Boleh melewatkan waktu solat sehingga masuk waktu solat yang satu lagi dan ini disebut jamak taakhir. Ia adalah keringanan atau rukhsah kepada orang musafir. Namun bagi orang yang hendak jamak taakhir, dia hendaklah meniatkan untuk mentaakhirkan solat pertamanya dalam waktu solat kedua pada waktu solat pertama. Contoh, bila masuk waktu zohor, maka meniatkan untuk solat zohor dalam waktu asar. Dibolehkan baginya untuk berniat tersebut selagi waktu zohor tetap ada.
Demikianlah serba sedikit tentang kupasan permasalahan solat di awal waktu, moga-moga ada manfaatnya untuk kita bersama.
nak tanya satu soalan, boleh tak orag melewatkan solat kerana mahu berjemaah, saya duduk bersama seorang kawan di suatu rumah, kadang2 balik lambat kerumah, oleh itu saya solat dahulu kerana tidak mahu melewatkan waktu,dalam masa yang sama kawan saya selalu memarahi saya krn saya tidak tunggu ia pulang untuk solat berjemaah.. kadang2 ia berrada dirumah dan saya pulang lewat, jadi dia sanggup tuggu saya pulang untuk berjemaah, sedangkan waktu solat sudah masuk waktu pertengahan atau mahu luput,, dan kami tinggal di europah dan payah untuk mendapati masjid, tolonglah huraikan masalah ini, kerana sy kadang2 tidak tahan dengannya, kerana selalu menyalahkan saya atas ibadatnya.
ReplyDeleteDibolehkan melewatkannya kerana menunggu jemaah..tapi tidak disunatkan menunggu kerana menunggu ramainya jemaah. Ada beza di situ. TApi diharapkan dapat berbincang bersama agar mendapat faedah di awal waktu kerana Rasulullah mengatakan amalan yang utama itu adalah solat di awal waktu.
ReplyDeleteMohon untuk dikongsi dengan sahabat.
ReplyDelete