Monday, November 26, 2007

Bertanya anda tentang darah nifas

Bertanya anda tentang darah nifas itu?

Maka saya menjawab yang darah nifas itu darah yang keluar selepas bersalin anak. Yang darah itu mula keluar dalam tempoh 15 hari selepas bersalin. Jika mula keluarnya selepas 15 hari bersalin, tidaklah dikira darah itu darah nifas. Yang keluarnya darah itu mewajibkan seseorang wanita mandi selepas kering keluar darah tersebut. Kebiasaannya ia keluar sehingga 40 hari tetapi jika berterusan keluar, tempoh maksimumnya adalah 60 hari.

Bagaimana pula dengan janin yang keluar sebelum masanya dan belum menjadi manusia sepenuhnya?

Jika darah itu keluar selepas bersalin, tidak kira janin itu sudah terbentuk sepenuhnya atau belum, maka darah itu dikira nifas. Ditunggu sehingga selesai keluarnya, dan mewajibkan mandi.

Bagaimana bersalin kemudian tiada darah yang keluar?

Jika tiada darah keluar, masih mewajibkan mandi yang itu dinamakan mandi wiladah (selepas bersalin).

Bagaimana bersalin, dengan melahirkan melalui pembedahan?

Masih dikira nifas, jika ada darah keluar walau sedikit sebaik selesai bersalin itu. Jika tiada, masih mewajibkan mandi yang dinamakan mandi wiladah.

Apa hukumnya bagi darah yang keluar semasa bersalin atau sebelumnya?

Darah itu bukan dikatakan darah nifas tetapi darah fasid (rosak). Jika keluar sebelum bersalin, maka hendaklah dibersihkan. Kemudian dikekang pengeluarannya dengan kain atau seumpamanya dan dihukumkan seperti istihadah jua. Hendaklah wanita itu tetap bersembahyang jika dia mampu sembahyang. Jika tidak mampu kerana tiada tahan menahan kesakitan dan kesukaran yang amat, maka diqadha sembahyangnya setelah selesai tempoh nifasnya.

4 comments:

  1. Berdasarkan kajiah fiqh Mazhab Syafie, Syeikh Afifi Al-Akiti menjelaskan seperti berikut:

    1) Bagi yang keluar darahnya dalam tempoh 40 hari pertama kandungan, maka tidak dikira sebagai nifas, kerana janin belum terbentu. Ia samada darah haid atau darah fasad (rosak) mengikut keadaannya.

    2) Bagi yang keluar darah selepas 40 hari pertama, dikira waktu janin sudah terbentuk, maka jika berlaku keguguran, maka darah selepasnya adalah darah nifas. Degnan syarat ia keluar sebelum berlalu 15 hari.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Ustaz,mohon terangkan tentang wiladah...

    ReplyDelete
  4. Wiladah itu adalah kandungan yang keluar sewaktu bersalin. Makanya wajib mandi jika sesudah bersalin. Ianya dipanggil mandi wiladah. Biasanya orang bersalin ada dua keadaan. Satu kering, satu basah. Kering, jika bersalin tanpa diiringi darah nifas. Maka, wajib mandi wiladah selepas itu. Jika bersalin itu diiringi dengan darah nifas sesudahnya, maka ditangguh mandi wiladah sehingga selesai darah nifas. Pada waktu itu, barulah boleh mandi wajib untuk dua sekaligus, iaitu kerana wiladah dan kerana nifas. Niatnya untuk kedua-dua sekali atau dikira sah juga dengan niat salah satu.

    Jika masih sukar difahami, maka bolehlah merujuk di sini:
    http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2009/bil329.pdf

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.