Friday, December 14, 2007

Niat dalam Solat

Inilah ringkasan bicara tentang niat dalam solat fardhu:

1. Dilafazkan dahulu niat itu sebelum takbiratul ihram sebagai membantu melakukan niat. Lafaz niat adalah dalam bahasa Arab. Hukum lafaz niat ini adalah sunat.

2. Waktu berniat adalah mengiringi takbiratulihram, dalam tempoh waktu mengucapkan "Allahu Akbar". Tidak boleh sebelumnya, atau sesudahnya. Dinyatakan dalam hati, niat sama sepertimana yang telah dilafazkan sebelumnya tadi. Tinggal lagi, lafaz itu ucapan lidah, dan niat itu ucapan hati. Hukum niat adalah wajib.

3. Perlu dinyatakan dalam niat itu, qasad mengerjakan solat yang biasa disebut sebagai "usolli", kefardhuan solat iaitu fardhu dan waktu solat seperti subuh dan sebagainya mengikut waktu yang telah ditentukan. Jika solat berjemaah, maka dinyatakan menjadi imam atau mengikut imam. Sebaik-baiknya ditambah dalam niat itu bilangan rakaat dan "lillahi taala".

2 comments:

  1. blh ustaz terangkan konsep sebenar niat di dalam hati itu,adakah seseorang itu perlu perlu melafazkan kata-kata di dalam hatinya atau sekadar faham dan mengetahui tujuannya untuk melakukan sesuatu solat itu . ini kerana kebanyakkan org yg was2 sering mengulangi takbir ketika beliau tersilap melafazkan kata2nya di dalam hati seperti shj aku sembahyg fardu....adakah perlu menyebutnya juga di dalam hati atau sekadar memahami perbuatan yg hendak dilakukannya itu?

    ReplyDelete
  2. Memadai dengan faham dan mengetahui tujuannya untuk melakukan sesuatu solat. Untuk solat fardhu, tidak dapat tidak mesti menentukan fardhu, dan menentukan juga solatnya, contoh zohor. Dan hal ini mesti berlaku dalam takbiratulihram.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.