Sunday, January 27, 2008

Solat Sunat Tahiyatul Masjid

Bertanya anda tentang solat sunat tahiyatul masjid, maka dijawab: Adalah solat itu solat sunat 2 rakaat seperti solat sunat yang lainnya, hanya sanya diniatkan sunat tahiyatul masjid. Dilakukan untuk menghormati masjid, bila masuk sahaja ke dalam masjid sebelum duduk.

Bagaimana jika masuk itu terus duduk, masih bolehkan melakukannya?
Jika duduk itu dengan sengaja, maka tiada lagi disunatkan solat itu. Jika duduk itu dengan terlupa ada 2 keadaan. Terlupa yang sekejap kemudian ingat kembali, maka dibolehkan bangun dan terus solat. Jika terlupa yang panjang waktunya, kemudian teringat, tiadalah lagi dibolehkan bangun bersolat. Adapun bagi orang yang tidak dapat mengerjakan solat sunat tahiyatul masjid disebabkan dia telah duduk atau dia sekadar masuk sebentar untuk sesuatu keperluan, maka dianjurkan membaca: (Subhanallah Walhamdulillah Walailahailallah Wallahu Akbar) sebanyak 4 kali.

Jika masuk ke dalam masjid dan didapati azan sudah berkumandang, bagaimana?
Bila azan sudah berkumandang, maka berdiri ia menjawab azan tersebut, kemudian melakukan solat sunat rawatib. Solat sunat rawatib itu dikira sudah memadai sebagai memenuhi tuntutan solat sunat tahiyatul masjid.

Jika masuk ke dalam masjid dan didapati jemaah solat sudah didirikan, bagaimana?
Tiada perlu lagi solat sunat tahiyatul masjid atau solat sunat yang lainnya. Jika didirikan, jadi makruh. Terus sahaja mengikut jemaah tersebut untuk solat fardhu. Ia sudah dikira memadai memenuhi tuntutan solat sunat tahiyatul masjid.

Apakah bacaannya yang mengiringi surah Al-Fatihah?
Dibaca apa-apa surah yang ringan dan kebiasaan yang dilakukan adalah pada rakaat pertama, surah Al-Kafirun, dan rakaat kedua, surah Al-Ikhlas.

Bolehkah dilakukan solat sunat tahiyatul masjid ini di tempat lain daripada masjid?
Tiadalah dibolehkan yang demikian seperti surau atau musolla (bilik solat). Hanya sanya yang dituntut untuk solat tersebut adalah pada bangunan yang dibina khusus sebagai masjid.

19 comments:

  1. Fathul Muin:
    Jika masuk solat bertujuan untuk duduk, maka di situ ada tuntutan solat sunat tahiyatul masjid. (Tiada tuntutan jika sekadar lalu)

    Sairus Salikin:
    Makruh masuk masjid tanpa berwudhuk.

    ReplyDelete
  2. bagaimana pula jika seseorang telah lewat untuk menunaikan solat asar dan singgah ke masjid untuk bersolat?adakah perlu mendirikan solat sunat thytul msjid?

    ReplyDelete
  3. Solat fardhu asar itu sudah memadai, sekaligus melepaskan tuntutan atas diri untuk solat sunat tahiyatul masjid. Dengan syarat masih berdiri dam tidak sengaja mendahului dengan duduk apabila masuk ke dalam masjid.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum,
    jika masuk ke masjid, sedangkan majlis ilmu sedang dijalankan, bagaimana ye? adakah perlu solat sunat tahiyatul masjid?

    ReplyDelete
  5. Sunat bila masuk masjid biarpun majlis ilmu diadakan untuk kita solat sunat tahiyatul masjid. Tapi solat sunat itu dilakukan dengan ringan, tidak diberat-beratkan atau dalam ertikata lain dibuat secara ringkas, dengan mengambil yang wajib sahaja. Persamaannya adalah dengan khutbah jumaat. Bila masuk ke masjid biarpun khatib sedang berkhutbah jumaat, maka sunat untuk kita solat sunat tahiyatul masjid. Malah pernah RAsulullah menegur orang yang masuk ke masjid tidak solat sunat tahiyatul masjid sewaktu khutbah jumaat dijalankan.

    Namun jika benar tidak mahu solat sunat kerana memikirkan sangat penting majlis ilmu itu, boleh sahaja terus duduk, dan gantikan ia dengan membaca subhanAllah walhmadulillahi walailahaillallah wallahu akbar (4x).

    ReplyDelete
  6. salam..tp bagaimana pula jika kita berada di luar masjid contohnya di padang ketika jemaah penuh terutamanya pd hari jumaat.Adakah masih disunatkan lg untuk menunaikan solat sunat itu?

    ReplyDelete
  7. Tiada tuntutan utk solat sunat tahiyatul masjid di kuar masjid. Jd jika dtg sewaktu imam khutbah, kena duduk diam mendengar khutbah. Jk dtg sebelum imam memberi khutbah dan selepas azan pertama, maka boleh solat sunat qabliyah Jumaat.

    ReplyDelete
  8. Kalau slepas asar bjemaah pastu solt tahiytul masjd sebab masa masuk masjd solat asar bjemaah telah brmula mcm mane?

    ReplyDelete
  9. Semasa solat maghrib dah solat tahiyatul masjid lepas tu balik rumah kejap dan 10 minit kemudian hadir semula ke masjid untuk dengar ceramah, perlukah solat tahiyatul masjid lagi sekali?

    ReplyDelete
  10. Tujuan solat tahiyatul masjid ialah kerana menghormati masjid. Kaifiatnya mesti kita lakukan sebaik kita masuk masjid dan sebelum kita duduk. Jika masuk beberapa kalipun dalam sehari, maka tuntutan itu mengikut sebaik kita masuk masjid itu. Ia hanya solat sunat dan jikapun kita tidak mampun melakukannya maka gantikanlah ia dengan ucapan tasbih 4x tersebut. Itu sudah memadai.

    ReplyDelete
  11. Tentang solat sunat tahiyatul masjid selepas solat fardhu asar di atas, sebenarnya memadai solat fardhu asar itu memenuhi tuntutan sunat tahiyatul masjid. Kerana kita lakukannya sebaik masuk masjid dan solat jemaah sudah didirikan. Jadinya tidak perlu lagi solat sunat tahiyatul masjid selepas solat Asar.

    ReplyDelete
  12. As Salam, Tuan editor. Saya berhenti di masjid utk solat Maghrib. Bila tiba di dewan solat, saya terus solat sunat tahiyatul masjid. Pada ketika itu jam menunjukkan 6:45pm, sedangkan waktu Maghrib sekitar 7:00pm. Adakah sah solat tahiyatul masjid saya?

    ReplyDelete
  13. Solat sunat tahiyatul masjid itu sah biarpun Maghrib menghampiri. Pada waktu sebegini, sah solat asalkan tidak saja2 memilih waktu sebegini utk masuk masjid dgn tujuan semata2 utk solat sunat tahiyatul masjid.

    ReplyDelete
  14. salam saudara,,sy ingin bertanya,adkah slt sunat tahiyyatul masjid sah dilakukn sblum slt fardhu asar wlaupun azan asar sudah berkumandang,,terima kasih,

    ReplyDelete
  15. salam sdr ierfan
    Solat sunat tahiyatul masjid sah dilakukan sebelum solat fardhu asar. Namun apabila msk waktu asar, biasanya yg dilakukan dlm masjid ialah solat sunat asar. Makanya jika sdr msk masjid dan sbl duduk, sdr terus lakukan sunat asar, maka sdh dikira memenuhi tuntutan tahiyatul masjid. Demikian jg, jika solat berjemaah asar sdh didirikan, boleh sahaja terus solat fardhu berjemaah asar, dan dikira memenuhi tuntutan tahiyatul masjid selagi tdk duduk sbl itu. (Boleh rujuk semula artikel di atas)

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum. kadang kadang kita lihat ada orang datang solat jumaat terus sahaja solat sunat tahiyatul masjid,sedangkan waktu itu,muazzin sedang azan. apa hukumnya? sahkah solatnya?

    ReplyDelete
  17. Waalaikumussalam kpd sdr Azlan.
    Menghormati Azan itu tdklah menjadi syarat sah solat. Apabila seorang masuk ke masjid maka sunat baginya solat sunat tahiyatul masjid sebelum dia duduk. Namun, apabila bertemu dgn azan, maka sebaiknya dia berdiri menjawab azan dahulu, sebelum dia solat sunat tahiyatul masjid. Ini adalah utk menghormati azan, dan lebih2 lagi mendapat kebaikan baginya dalam menjawab azan tersebut.

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Saya ingin bertanya kepada ustaz mengenai solat sunat tahiyatul masjid selepas solat fardhu asar.

    Jika saya telah berniat untuk menunaikan solat sunat itu, tapi setelah saya masuk kedalam masjid, iqamah dilaungkan, saya terus solat fardhu asar dan selepas itu saya solat sunat tahiyatul masjid.

    Apakah solat sunat tahiyatul masjid itu boleh ditunaikan ataupun ia haram ditunaikan?

    ReplyDelete
  19. Waalaikumussalam sdr Amir.

    Solat fardhu asar itu sudah memadai, sekaligus melepaskan tuntutan atas diri untuk solat sunat tahiyatul masjid. Krn asal pd tujuan solat sunat tahiyatul masjid ialah kerana menghormati kpd masjid, rumah Allah. Jadi jk kita masuk masjid dan belum duduk serta belum ada lg tuntutan solat fadhu atau sunat rawatib, justeru kita lakukan solat sunat tersebut.

    Yg dibolehkan dlm kes saudara ini adalah dirikan solat sunat asar slps solat fardhu asar, krn tdk sempat kerjakannya sbl solat fardhu td.
    Wallahua'lam.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.