Wednesday, April 30, 2008

Membasuh tengkuk dalam wudhuk

Adapun membasuh tengkuk di dalam wudhuk tidak diterangkan dalam tatacara berwudhuk pada kebanyakan kitab-kitab fekah. Sehinggakan ada juga pendapat mengatakan yang ianya bidaah. Namun, jika diteliti perkara ini ada dinyatakan dalam kitab ihya' ulumuddin, karangan Imam Ghazali. Dibawakan maksud hadis, yang membasuh tengkuk itu dapat membebaskan seseorang itu daripada belenggu di hari Akhirat.

Kaedahnya, selepas membasuh telinga, maka diambil air baharu dengan kedua tapak tangan dan disapukan pada belakang leher yakni tengkuk. Diulangkan seperti itu sebanyak 3 kali dan sewaktu menyapu air tersebut, sebaiknya berdoa, "Ya Allah, lepaskan aku daripada belenggu di hari Akhirat."

6 comments:

  1. akh fazel.
    boleh berikan hadis yg menyatakan tentang menyapu tengkok tu?
    apa pula status menyapu muka selepas beri salam. adakah ianya sunnah nabi?

    ReplyDelete
  2. Hadis menyapu tengkuk itu sudah saya nyatakan dalam artikel ini.

    Tentang menyapu muka selepas beri salam, memang ia sunnah nabi. Dlm kitab munyatul musolli, ada dinyatakan tentang pekerjaan Rasulullah menyapu kepala selesai drp salam.

    Kemudian, ada diriwayatkan drp Ibnus Sunni, drp Sy Anas bin Malik, menyatakan bhw Rasulullah itu menyapu dahinya dgn tangan kanan sebaik selesai drp solat.

    Dlm kitab Bughyatul Mustarsyidin, dinukilkan Ibnu Manshur telah meriwayatkan bahawasanya adalah Junjungan Nabi s.a.w. apabila selesai sholatnya, baginda menyapu dahinya dengan tapak tangan kanannya, kemudian melalukannya ke wajah baginda sehingga sampai ke janggut baginda yang mulia.

    ReplyDelete
  3. salamun alaik

    saudara minta terangkan hadith secara terperinci tentang basuh tengkuk, adakah hadith itu dhaif, hasan atau sahih....! setahu saya yg basuh tengkuk itu dr mazhab hanafi dan pernah saya tanya pd pensyarah saya hal ini dan beliau nyatakan tiada nas sahih tentang basuh tegkuk ini....!

    satu lagi saya harap kalau boleh saudara jelaskan dgn lebih terperinci terutama hadith yang saudara kemukakan, tolong jelskan seperti yg saya minta pada soalan di atas

    ReplyDelete
  4. Saya sudah nyatakan, tentang rujukannya iaitu pada kitab ihya ulumuddin atau boleh rujuk pada kitab bimbingan mukminin atau kitab sairus salikin. Menyokong pendapat Imam Ghazali adalah Imam Baghawi, Mutawalli & Qadhi Hussain.

    Biarpun ada pendapat mengatakan hadis tentang menyapu tengkuk ini hadis dhaif, namun kita kenyataan Imam Nawawi dalam Al-Azkar membolehkan beramal dengan hadis dhaif dalam fadhoilul amal. Memandangkan hal basuh tengkuk ini hanya sunat sahaja dan yang menyokongnya adalah ulamak besar seperti Imam Ghazali, maka tidaklah perlu kita jadikan ianya bahan pertikaian. Sesiapa yang ingin basuh tengkuk, silakan. Siapa yang tidak mahu, maka tidak mengapa dan tidaklah perlu mempertikaikan orang yang membuatnya. Wallahua'lam

    ReplyDelete
  5. salam. saya ada terbaca artikel mengenai menyapu leher ni. saya rasa ia patut dikongsi di sini.

    http://sawanih.blogspot.com/2010/11/hadis-menyapu-air-di-tengkok-ketika.html

    http://sawanih.blogspot.com/2010/11/hadis-menyapu-air-di-tengkok-ketika_28.html

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.
    Syukran kpd Abu Irfah, dgn memberi link utk kita baca. Setidaknya ada pencerahan betapa banyak ulamak dari kalangan Syafi'iyah yg menyokongnya. Imam Ghazali shj pun sdh cukup kuat utk kita mengikutnya, betapa ramai lagi ulamak spt Ibnu Hajar Haithami yg mebenarkan hadis trsbt.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.