Friday, August 20, 2010

Pertanyaan Tentang Puasa (2)

Soal:
Apakah muntah itu membatalkan puasa?

Jawab:
Perlu dilihat muntah yang bagaimana. Jika muntah itu berlaku secara tiba-tiba tanpa disengajakan, maka tidak batal.

Soal:
Bolehkan menggunakan ubat gigi sewaktu memberus gigi dalam berpuasa?

Jawab:
Boleh dengan penuh hati-hati. Kerana jika ditelan air yang mengandungi ubat gigi itu secara sengaja atau tidak sengaja, maka batal puasa.

Soal:
Batalkah puasa bila termasuk air dalam telinga sewaktu mandi?

Jawab:
Jika termasuk air dalam telinga sewaktu mandi wajib, itu dimaafkan & tidak membatalkan puasa. Pendapat lain mengatakan dimaafkan juga dalam mandi sunat.

4 comments:

  1. bagaimana seseorang itu jika menalami batuk yg teruk sengaja atau tidak menelan kahaknya.begitu juga dlm sembhyg,adakah batal?

    ReplyDelete
  2. mcm maana dgn hingus pulak, ustaz?

    ReplyDelete
  3. hukum kahak itu selagi ia tidak sampai pada lidah, maka bila ditelan tidaklah membatalkan puasa. Sama juga hukumnya, tidaklah membatalkan sembahyang. Sama juga dengan hingus, jika ia masuk ke dalam melalui tekak dan terus tertelan tidak membatalkan sembahyang. Kecuali bila keluar hingus mengikut depan, masuk pula ke dalam mulut sehingga tertelan, maka batallah sembahyang.

    ReplyDelete
  4. jadi jika ia naik ke lidah baru batal la ye..bkn apa sya ada mendengar ada seorang ustaz mgatakan jika ia melepasi makhraj huruf ح,hukumnya batal.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.